Wednesday, 27 February 2013

Kenapa Wanita Tercipta Dari Tulang Rusuk LELAKI? | KISAH NYATA


Kenapa Wanita Tercipta Dari Tulang Rusuk LELAKI? | KISAH NYATASeorang bijak pernah berkata kepada Abe.. Dan kat sini, Abe kongsikan dengan korang semua.



Wanita selalu akan melakukan apa saja untuk lelaki yang disayang dan dicintai. Jika kamu memberinya rumah, maka ia akan memberi kehangatan dalam rumah kamu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni.

Jika kamu memberinya beras, ia akan menanak nasi untukmu. Jika kamu memberinya CINTA, ia akan memberi pengabdian seumur hidupnya. Tapi jika kau memberinya kehinaan, ia akan memberi doa dalam airmata kepedihannya, dan itu bererti siapkanlah dirimu untuk berjuta KEMALANGAN!

Jika kelmarin kamu berdoa dan yakin bahawa dialah wanita yang sudah terpilih untuk diri kamu, maka terimalah dia bukan hanya sebagai wanita yang sempurna tetapi terimalah dia dengan Cara Yang Sempurna, sebagai seorang wanita yang terbaik. Bukanlah dia seorang wanita yang tidak pernah berbuat salah didalam hidup ini, tapi dia yang selalu berkata maaf untuk setiap kesalahannya dan ia yang punya sejuta kemaafan untuk kesalahanmu.

Ia yang mahu menerima masa lalumu dan siap merancangkan masa depannya bersamamu serta menyerahkan kehidupannya padamu. Ia yang selalu cemas dan hilang akal ketika kamu tak memberinya khabar berita. Jika dulu sifat manjanya membuatmu tertawa lucu, cemburunya bererti dia sayang padamu, airmatanya boleh menyayatkan hatimu, tapi sekarang semuanya itu jadi alasan kamu melepaskannya, maka renungkanlah sejenak!

"Mengapa wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kepala kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki, dan mengapa bukan dari tulang kaki kerana wanita juga bukan untuk menjadi hamba abdi lelaki.

Tetapi wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati, agar wanita menjadi pendamping, penjaga hati.

Dekat dengan hati kerana untuk disayangi. Wanita akan terlelap dalam dakapan lelaki. kerana wanita tahu dari sana tempat dia berasal. Maka dari itu Kenali dan Sayangi "Tulang Rusukmu" wahai Sang Lelaki....

3 comments:

AyueJean AJ at: 2/27/2013 9:58 am said...

Betul Abe...
AJ setuju..... =D
Nice sharing.....

P/s : AJ suka gambar2 pre-wed Ade kat instagram... =D
Klasik... =D

gua melayu beb at: 2/27/2013 9:09 pm said...

Yg ini masa saya bersekolah dh baca hal ini dlm buku.

Woman
is created from a rib of a man,
not from his head to topple him,
neither from his feet to be walk upon.



it's from his side,to be treated equal
from beneath his arm,to be protected
very close to his heart,to be love by him.

Mieza Suhaini at: 2/28/2013 12:53 am said...

mohon untuk di share

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com