Sahabat Que 'Silent Readers'

Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) | PERMOHONAN SECARA ONLINE

2/01/2013 08:16:00 am

Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) | PERMOHONAN SECARA ONLINE | Assalamualaikum para pembaca yang di hormati. Pada bulan lepas 1 lagi program dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang mana program ini adalah untuk membantu rakyat mendapatkan lesen motosikal dengan cara sah dan murah.


Katanya program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) ini dibuka kepada hampir 500000 warga malaysia yang berumur dari 17 - 40 tahun. Harap-harap betul lah angka tu.
baca lagi & untuk mendaftar, Klik TAJUK ENTRI ni
Program BL1M ini adalah secara menyeluruh yang mana bermula daripada peringkat proses ujian teori undang-undang secara komputer, latihan , ujian praktikal dan beberapa lagi. Pada masa ini kos purata untuk memohon lesen B2 adalah sebanyak RM380.

Objektif Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M):
  • Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
  • Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
  • Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan yang berhemat
  • Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum
  • Memberi lesen kepada penunggang motorsikal dengan kadar murah diakhiri kursus pemanduan mereka.
  • Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 tahun hingga 40 tahun pada atau selepas 1 Januari 2013.
  • Tidak pernah memiliki sebarang jenis lesen memandu
  • Hanya sah untuk lesen kelas B2 sahaja
  • Sihat tubuh badan
  • Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  • Dikenakan yuran sebanyak RM199 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
  • Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran
  • Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ

Syarat Kelayakan:

Cara Permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M):

1. Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang dengan klik pada pautan link di bawah:


Jika menghadapi kesukaran untuk akses laman daftar online BL1M, anda boleh guna MyEG sebagai cara alternatif lain untuk mendaftar sila klik http://www.myeg.com.my/BM/index.html

2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motorsikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.

3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara berkomputer, latihan, ujian praktikal dan sebagainya.

Pertanyaan Tentang Bantuan

No Tel: 03-7801 8888 (Helpdesk MyEG)

Email: BL1M@myeg.com.my

Lesen memandu: 
www.myeg.com.my (active) / www.blim.com.my (expired) / www.bl1m.com.my (expired)

Kepada belia-belia yang belum pernah mengambil lesen bolehlah rebut peluang ini. Kami harap anda Lepas dah lulus dengan jayanya. Gunakan lah hak kita ini sebaik-baiknya.

sumber: www.bl1m.my

You Might Also Like

2 comments

  1. lesen kereta xde ea abe!!! huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Thanks Abe....
    Ni la yang AJ cari.... =D

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad