Sahabat Que 'Silent Readers'

KISAH NYATA YANG SADIS | TOLONG KOYAKKAN IKLAN ITU

2/21/2013 08:17:00 am


KISAH NYATA YANG SADIS | TOLONG KOYAKKAN IKLAN ITU | Abe teringin nak berkongsikan Kisah Nyata ni dengan semua orang.


Di tepi jalan terpampang satu iklan bertulis: Saya kehilangan (keciciran) RM20 - sesiapa yang terjumpa, harap kembalikan (pulangkan) ke alamat berikut... AL FALLANI SYAQQAH no 76...
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Seseorang pemuda yang membaca iklan mahu pergi ke alamat itu dan mengaku yang dia menjumpai wang tersebut padahal dia mengeluarkan dari poketnya sendiri... Pemuda itupun pergi ke alamat tertera... Di sana dia bertemu seorang wanita tua yang keuzuran...

Wanita tua itu menangis teresak-esak bilamana pemuda itu berkata: "Ibu..ini wang ibu RM20 yang keciciran itu.. Saya telah menjumpainya..".

Dalam esak tangisnya wanita tua itu berkata: " Wahai anak muda...kamu adalah orang ke 12 yang datang bertemu ibu kemudian mengatakan dia telah menemui duit aku yang dikatakan keciciran itu..

"Mendengar luahan hati si wanita tua, pemuda misteri itu tersenyum sahaja... Dia kelihatan mahu bersiap pulang.Sambil memanggil pemuda tersebut, wanita tua sempat berpesan kepadanya:

"Kalau anak tak keberatan, mohon tolong buang atau koyakkan iklan mengenai wang ibu yang keciciran itu. Sebenarnya ibu langsung tak tahu menulis dan ibu langsung tak tahu menahu siapa yang menulis dan menampal iklan itu...

ALLAHU AKBAR!! MASYALLAH!! LIHATLAH KESEMPURNAAN AF'AL ALLAH! AR RAZZAQ.. KORANG NAMPAK TAK BETAPA PEMURAHNYA ALLAH....??

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

9 comments

  1. siapa yang tampal iklan tu ye.... mungkin itu saja cara yang terpikir olehnya utk tolong ibu tua tu...

    ReplyDelete
  2. Bhai Abe...

    Allahurabbi... Subhanallah....

    ReplyDelete
  3. wahhhh terkedu seketika..........

    ReplyDelete
  4. Cara tersebut yang terbaik kot nak menolong si ibu tu...apa2 pun cerita ini memang beri pengajaran.

    ReplyDelete
  5. Allah memberi rezeki dalam cara yg tidak kita duga....

    ReplyDelete
  6. Subahanallah,Dia ada seribu satu macam cara untuk memberi rezeki kepada seseorang ,kadang-kadang melalui jalan yang tidak di sangka-sangka.
    saya juga pernah mengalami peristiwa yang hampir sama.

    Mungkin berkat selawat kepada rasul. ketika kehidupan ini dirasakan sangat sempit tiba-tiba Allah dtgkan rezeki yang tidak disangka-sangka,
    Nak tahuapa kisahnya email je,terlalu peribadi untuk diceritakan hehe..

    ReplyDelete
  7. best citer ni.. kat negara mana tu???malaysia ke???

    ReplyDelete
  8. Kesimpulannya jikapun kita tiada duit, kita masih boleh lakukan sebegini untuk membantu orang yang susah

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad