Sahabat Que 'Silent Readers'

KISAH NYATA Penuh PENGAJARAN | SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU. Nauzubillah, Menitis Air Mata Membaca Kisah Ni...

2/25/2013 03:27:00 pm

KISAH NYATA Penuh PENGAJARAN | SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU. Nauzubillah, Menitis Air Mata Membaca Kisah Ni... | Hari ni, Abe nak kongsikan lagi satu Kisah Nyata yang telah di olah... Semoga kita dapat ambil pengajaran dari Kisah Nyata ini...


Kisahnya begini...
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
'mak, mana baju sue.dah cuci ke belum?'..soal sue dengan kasar kepada ibunya.

'maaf.mak baru jemur tadi. Badan mak sakit2 nak..', jawab makcik timah dgn nada yang lemah.

'mak nie kan, kalau dah menumpang buatlah cara menumpang. Benda mudah pun tak tahu.. issh. menyusahkan..', herdik sue kepada ibunya.

'sampai hati kau ckp aku mcm nie sue. Aku nie mak kau, bukan org lain..', kata makcik timah lagi. Berlinang air matanya,saat diherdik oleh anaknya sendiri.

'suka hati maklah. Saya nak pergi kerja nie.. jaga anak2 sue tu..', perintah sue dengan nada yang kasar.

Sue dan suaminya pun pergi kerja. Semasa dalam perjalanan pergi ke kerja, tiba2 mereka kemalangan. Kemalangan nya agak teruk sehinggakan suami sue meninggal dunia, dan sue pulak cedera parah. Dirumah pula, makcik timah sibuk melayan cucu2nya. Tiba2 telefon berdering.

'hello, nie rumah puan suzana binti ibrahim ke??', tanya si pemanggil tersebut.

'ye, dia anak saya, saya ibunya. Kenapa encik..', soal makcik timah lagi.

'anak dan menantu makcik kemalangan. Menantu makcik dah xde. Anak makcik keadaan die teruk..', jawab si pemanggil dgn nada lembut.

Makcik timah terkejut bila mendapat tahu perkara tersebut. Makcik timah pun cuba meminta bantuan kepada jiran2nya. Tetapi malangnya, hanya jirannya yang suri rumah shj dirumah. Kebetulan jiran tersebut, xde kereta. Sebab suami jiran tersebut sedang pergi ke kerja. Terpaksa makcik timah meminta tolong kpd jirannya td utk menjaga cucu2nya, kerana dia nak pergi ke hospital menggunakan teksi. Semasa dlm perjalanan mencari teksi, tiba2 makcik timah dilanggar kereta. Tapi malangnya, makcik timah terus menghembus nafasnya yang terakhir ditempat kejadian tersebut.. Tidak sempat dia melawat anaknya yang terlantar di hospital.

Dihospital pula, keadaan sue semakin teruk dan nazak. Hanya menunggu saat dia utk menghembuskan nafas terakhirnya.. Keadaan nafas sue semakin sesak. Doktor, polis dan nurse telah mendapat tahu bahawa ibu sue kemalangan dan meninggal dunia ditempat kejadian. Dada sue semakin rancak bergerak, kerana susah utk bernafas. Tepat pukul 10:00 pagi, sue mhembus nafas terakhir, tanpa sempat mengucap 2kalimah syahadah dan juga memohon maaf kepada ibunya..

Hormatilah ibu kita.. Kerana syurga dibawah tapak kaki ibu kita. Jadilah anak yang soleh/solehah.. Jauhkan diri dari sifat derhaka kepada ibu.



Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa menderhaka sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Rasulullah s.a.w pernah bersabda 'sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu..' (HR Bukhari)

You Might Also Like

6 comments

  1. semoga kita dapat ambil pengajaran bersama....thnkz share

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua amik ikhtibar dari kisah ni...

    ReplyDelete
  3. Macam kata UAI, ibu melahirkan tuan.

    Macamlah juga pelanduk selalu melupakan jerat sedangkan jerat tak pernah lupakan pelanduk.

    Jangan biarkan hidup menjadi putaran roda yang tanpa henti. Belajar pada persekitaran, memberi makna pada Qulub.

    Kelainan dicipta, impak ditempa.

    ReplyDelete
  4. besar jasanya seorang ibu..kalau anak buat mcm tu memang bukan manusia lah...nauzubillah...

    ReplyDelete
  5. kekadang kita ada ibu yang suka beleber, kita marah & slalu bosan dengan ibu tp saat dia dh pergi, kita kan rinduinya

    ReplyDelete
  6. Pada aku, ibubapa juga perlu mendidik anak mengikut Al-Quran & Al-Hadis. Didikan+ksayang, Insyaallah tiada anak seperti dlm N3 tu.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad