Sahabat Que 'Silent Readers'

Jom Sertai Skim Wakaf Karpet Dan Penghawa Dingin | AMAL JARIAH

2/07/2013 05:00:00 am

Jom Sertai Skim Wakaf Karpet Dan Penghawa Dingin | AMAL JARIAH | Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Al-Mukhlisin Presint 18R4 sedang mengusahakan pemasangan karpet dan penghawa dingin di ruang solat bagi memberikan keselesaan kepada para jamaah untuk beribadah.
2. Sehubungan dengan itu, bagi menampung kos pemasangannya, pihak Jawatankuasa Surau menjemput ahli-ahli kariah dan dermawan sekalian untuk turut serta di dalam skim wakaf yang diperkenalkan bagi menjayakan program tersebut. Jumlah kos adalah dalam anggaran RM20,000.00 dan penyertaan adalah dalam bentuk kaki persegi bernilai RM 6.50 sekaki persegi untuk wakaf karpet manakala untuk wakaf penghawa dingin bergantung kepada sumbangan ikhlas anda.
untuk menyumbang, Klik TAJUK ENTRI ni3. Pihak Jawantankuasa membuka peluang kepada ahli kariah dan dermawan yang ingin menyertai skim wakaf karpet ini dengan mengisikan borang yang disediakan beserta dengan jumlah wang yang ingin diwakafkan dan diserahkan terus kepada mana-mana Ahli Jawatankuasa Surau.
4. Atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah s.w.t.
Sirru ’Ala Barakatillah

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan :-

1. En. Ahmad Asyraf Adnan : 019-9978427
2. En. Ahmad Norfaizal bin Jusoh : 019-9297457


Borang Skim Wakaf dan Penghawa Dingin


Gambar-gambar Keadaan Surau

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad