Sahabat Que 'Silent Readers'

KISAH NYATA | APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

3/26/2013 02:10:00 pm

KISAH NYATA | APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAHSila Baca dan Hayatilah jika anda betul2 sayangkan ayah anda. Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian. Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!". Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi, tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya. Dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan kita, ayah pun tersenyum bahagia.

Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya".

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk. Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

Sayang Ayah sepanjang masa sayang Ibu membawa ke Syurga

You Might Also Like

3 comments

  1. betul Abe...
    Kasih sayang seorang bapa tu sebenarnya tiada tandingan..
    Kita je antara nampak dan tak nampak.....
    AJ nak kongsi sikit ni dengan ABe.. Pasal kasih sayang bapa jugak...

    http://ayuejean.blogspot.com/2013/02/kasih-sayang-seorang-bapa.html

    ReplyDelete
  2. love my abah ketat ketat

    ReplyDelete
  3. sedih... memang betul entry ni. mohon share kat blog saya ye (:

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad