Sahabat Que 'Silent Readers'

LAHAD DATU TERKINI | OPS DAULAT: SIDANG MEDIA TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA PADA 20 MAC 2013 JAM 11.00 PAGI

3/21/2013 07:31:00 am

LAHAD DATU TERKINI | OPS DAULAT: SIDANG MEDIA TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA PADA 20 MAC 2013 JAM 11.00 PAGI | Memaklumkan bahawa satu mesyuarat antara agensi telah diadakan pada 18 Mac 2013 bagi membincangkan isu pengurusan mayat pengganas yang terbunuh dalam Op Daulat.


Mesyuarat yang diadakan di Kementerian Dalam Negeri ini telah dihadiri oleh Jabatan Peguam Negara, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pertahanan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Siasatan Jenayah dan INTERPOL.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Hasil mesyuarat telah memutuskan perkara-perkara berikut:

i) Dua puluh lapan (28) mayat pengganas (sehingga 20.3.2013) yang telah dibawa keluar dari kawasan operasi dan selesai proses bedah siasat/pengambilan sampel DNA kini berada di Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau tidak dapat dikenalpasti oleh kerana keadaan mayat yang ‘highly decomposed’;

ii) Semua mayat tersebut akan dikembumikan secara ‘control temporary burial’ secepat mungkin;

iii) Mayat- mayat tersebut boleh dituntut semula oleh mana-mana pihak yang berkenaan selepas identiti mereka disahkan melalui perbandingan profil DNA;

iv) ‘Control temporary burial’ ini perlu disegerakan bagi mengelakkan ancaman kesihatan dan tempat simpanan mayat di kedua-dua hospital yang terhad; dan

v) Sampel DNA mana-mana pihak yang menuntut boleh dikemukakan terus kepada PDRM atau melalui Wisma Putra (bagi permohonan dari luar negara).

Pada semalam, 20 Mac 2013, seramai 8 orang pengganas telah dituduh di Mahkamah Majistret sementara di Balai Polis Lahad datu di bawah Akta SOSMA 2012.

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad