Sahabat Que 'Silent Readers'

LAHAD DATU TERKINI | PENGGANAS AMAL ILMU HITAM, MAYAT CEPAT REPUT

3/22/2013 06:40:00 pm

LAHAD DATU TERKINI | PENGGANAS AMAL ILMU HITAM, MAYAT CEPAT REPUT | Lahad Datu, 21 Mac - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.


Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.

"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.

Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.

"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah Mej Anuar Mat Zin berkata Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.

Beliau berkata perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.

"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.

Beliau berkata soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.

Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam - BERNAMA

You Might Also Like

8 comments

  1. agama Islam apa dia amal...membelakangkan Allah,tuhan yang satu

    ReplyDelete
  2. eee.. seramm..

    done follow sini, hope dpt follow teman lik..
    http://tengkubutang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Allah itu Maha Besar dan Allah itu Maha mengetahui..

    ReplyDelete
  4. Perjuangan yang sia2......

    ReplyDelete
  5. info ini benar2 memeranjatkan..

    ReplyDelete
  6. slm saja nk share.ada fmly saya polis,ms turun balai mgu lps,ketua diorg share pglmn duduk lahad datu selama 7 tahun,mmg dh msk peel org sulu filipina ni.

    kalau OKT tu org sulu,mcm2 teknik polis gunakan spya mengaku kesalahan.antaranya rendam dlm ais pun relaks je,cuba kalau kita yg biasa ni huhu.

    pantang diorang yg menuntut ilmu kebal ni ialah batang pinang!ketuk2 lah kat kaki diorang then br senang nk pukul atau tembak.dan utk lemahkan diorg kena attack kepala dan kaki....setakat badan tu alahai mmg kebal ler....

    ReplyDelete
  7. Mcm man a pula myanmar2 bangla2 yg dapat QN da semakin belagak,Adakah mereka akan mendapat mandat seperti keturunan lain.jikalau kit a tidak menangani mereka,tidak mustahil juga,kit a sendiri menyimpan musuh dalam selimut.


    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad