Koleksi Mutiara Kata | Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Koleksi Mutiara Kata | Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat | Untuk kebaikan bersama, kita tolak tepi dahulu fahaman politik. Sama-sama kita renungkan dan hayati Kata-Kata Hikmah Ulama' berpengaruh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua. InsyaAllah


"Tapak kaki kita kalau dah keras,
pijak paku dan duri pun tidak terasa apa
sebab tumitnya sudah keras.
Tetapi kalau tapak kaki yang lembut,
terpijak duri sikit sahaja sudah berdarah."
lagi Kata-Kata Hikmah Tok Guru, Klik TAJUK ENTRI ni
"Demikianlah juga hati,
kalau ia dah keras tak terasa
lagi bersalah kalau buat dosa."

Mari beristighfar
"Astaghfirullahal'azim"


"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki..."


"Hidup regu mati, seperti pagi regu petang. Dunia regu akhirat dan syurga regu neraka. Kesemuanya dicipta Allah mempunyai regu... yang tiada regu hanya Allah sahaja..."

"Kita semua merupakan tetamu... tetamu ertinya kita menumpang sesuatu yang bukan hak kita dan tidak boleh pandai-pandai buat apa yang kita mahu. Saya sebagai Menteri Besar, jika datang ke rumah tuan-tuan, tidak boleh lakukan apa yang saya mahu kerana saya tetamu. Begitu juga kita sebagai tetamu Allah SWT di bumi... sampai masa kita akan kembali kepada Allah.."

*REGU bermaksud : Pasangan

sumber: Fuh.My

0 comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine