Sahabat Que 'Silent Readers'

[GAMBAR] Lukisan Yang DIDAKWA HINA ISLAM | Bertajuk 'I Is For IDIOT'

9/02/2013 12:04:00 am

[GAMBAR] Lukisan Yang DIDAKWA HINA ISLAM | Bertajuk 'I Is For IDIOT' | Sebuah lukisan yang menyentuh sensitiviti umat Islam diturunkan serta-merta selepas beberapa pihak membuat laporan polis.

GAMBAR menunjukkan lukisan bertajuk I is for Idiot yang dipamerkan kepada umum baru-baru ini.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, lukisan bertajuk I is for Idiot itu telah dipamerkan di sebuah galeri pameran di ibu kota.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Katanya, penganjur pameran lukisan itu telah menurunkan gambar itu sebaik sahaja polis datang untuk membuat siasatan.
"Lakaran pada lukisan tersebut menunjukkan mesej penghinaan dengan menyebut I is for Idiot seolah-olah menyatakan Islam untuk orang bodoh.
"Kes ini masih dalam siasatan polis dan tindakan kepada penganjur akan diambil berdasarkan hasil siasatan polis," katanya selepas melancarkan Majlis Perasmian Sambutan 50 Tahun Muzium Negara di sini semalam.
Nazri berkata, tindakan penganjur boleh dipersoalkan kerana ia sepatutnya merujuk kepada Balai Seni Visual sebelum lukisan itu dibenarkan untuk pameran.
sumber: kosmo

You Might Also Like

1 comments

  1. Ade jer yg cari pasal kann... aduuuhhh... tak faham btul laa...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad