Sahabat Que 'Silent Readers'

SEDEKAH AL FATIHAH, Besar FADHILATNYA | WAJIB BACA !!!

9/24/2013 02:47:00 pm


SEDEKAH AL FATIHAH, Besar FADHILATNYA | WAJIB BACA !!! | Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!


Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan. 
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak. 

Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya. 

Sahabat-sahabatku yang baik,

Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah. 

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka. 

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

Jom same2 kita beramal secara istiqomah sedekahkn al- fatihah untuk Rasulullah, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita..amin..

Semoga kita semua sekeluarga beroleh rahmah dan barakah drNya

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

28 comments

  1. terima kasih di atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  2. Fitnah besar umat Islam kini, segolongan umat yg dianggap berilmu dan beragama mendoktrinkan amalan amalan baik sebegini yg tidak dicontohkan oleh Rasullullah saw sbg bid'ah dhalalah yg menjurus ke Neraka. Kenali dan jauhi mrk ! Bg yg kurang berilmu mudah terpengaruh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak habis2 dgn membidaahkan org puak2 ko ni.. hmmm

      Delete
    2. Bidaah apa nya?..pandai kata bidaah..salam pin x bagi tiba2 bidaah

      Delete
    3. Ikut guan eng kit siang x bidaah la kan

      Delete
  3. Insyaallah, akan diamalkan setiap hari ... Cuma sebagai manusia kita nie mudah alpa ...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Rupanya betul juga amalan yg sy buat selama ni..biasanya lepas solat sy niat sedekah al fatihah untuk org yg dah meninggal dunia.. maklumla mualaf tak tahu pula elok juga sedekah pada yg masih ada..insyaAllah. semoga admin diberi pahala kerana bgi pencerahan ni..klau sy tak baca sy tak tahu. Thanks

    ReplyDelete
  6. Adakah ini diajar atau diamalkan oleh rasulallah?

    ReplyDelete
  7. Mohon share...terima kasih..

    ReplyDelete
  8. sedekah kan pahala bacaan al-quran, niat untuk sedekah.. pahalanya ALLAH aje yg tau... jgn lah sesekali persoalkan... tp kalau ragu2 jgn buat, dan merugilah org yg dalam keraguan ini... tanya pada yang MAHA MENGETAHUI lagi bagus

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...saya berpeluang mengamalkannya kini..sbgai rutin slps solat..smoga Allah memberkati usaha saya..aamiin

    ReplyDelete
  10. assalamu'alaikum...saya ada satu kemusykilan?bagaimana cara untuk sedekahkan al-fatihah kepada ibu bapa?adakah secara sekaligus ataupun satu persatu?mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebut sahaja sedekahal fatihah utk ibu dan abah..lg elok sbut nma ibu dan bapa tuan sekaligus.

      Delete
  11. bagaimana cara untuk sedekahkan al fatihah kepada ibu bapa?adakah secara sekaligus ataupun satu persatu?mohon pencerahan

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum

    ReplyDelete
  13. sedekahkan ayat2 al-Quran kpd arwah x pernah dilakukan oleh Rasulullah...adakah amalan yg x pernah dibuat oleh Rasulullah boleh diamalkn...?mohon pencerahan...sy juge mengamalknnya sblom ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kite anak yang tlah kematian bapa @ ibu..... al fatihah itu ayat al quran. Mmbacanya dpat phala. Lihat aje po. Da dapat phala. Phhala anak yang aoleh itu trus mngalir ibu bapanye...... ye tak!?
      Dah kenape nak persoalkan nabi x penah buat ke tidak. Janji amalan x memesongkan akidah udah lah ye...

      Delete
    2. Kalau kite anak yang tlah kematian bapa @ ibu..... al fatihah itu ayat al quran. Mmbacanya dpat phala. Lihat aje po. Da dapat phala. Phhala anak yang aoleh itu trus mngalir ibu bapanye...... ye tak!?
      Dah kenape nak persoalkan nabi x penah buat ke tidak. Janji amalan x memesongkan akidah udah lah ye...

      Delete
    3. Kalau kite anak yang tlah kematian bapa @ ibu..... al fatihah itu ayat al quran. Mmbacanya dpat phala. Lihat aje po. Da dapat phala. Phhala anak yang aoleh itu trus mngalir ibu bapanye...... ye tak!?
      Dah kenape nak persoalkan nabi x penah buat ke tidak. Janji amalan x memesongkan akidah udah lah ye...

      Delete
  14. Pada pendapat saya sedekah fatehah ini bukannya amalan yang jahat.kita digalakkan membaca alquran setiap hari.apa salahnya kita baca alfatehah?
    Cuma kita memohon andai allah beri ganjaran pahalanya kita nak sedekahkan pahala itu untuk orang2 yang kita mahukan.kita serahkan saja permohonan itu kepada allah..Dia yg berhak atas segala amalan baik hamba2Nya

    ReplyDelete
  15. Pada pendapat saya sedekah fatehah ini bukannya amalan yang jahat.kita digalakkan membaca alquran setiap hari.apa salahnya kita baca alfatehah?
    Cuma kita memohon andai allah beri ganjaran pahalanya kita nak sedekahkan pahala itu untuk orang2 yang kita mahukan.kita serahkan saja permohonan itu kepada allah..Dia yg berhak atas segala amalan baik hamba2Nya

    ReplyDelete
  16. Allah berselawat dan menyuruh kita bersalawat kpd Nabi s.a.w bkn sedekah al-fatehah.

    ReplyDelete
  17. Berdasarkan Al-Quran ke, Sunnah atau Hadith ke ?? Sila Dr. Fadz jelaskan ... atau dari beberapa individu yang amalkan Al-Fatihah. Perlu dijelaskan utk elak amal tanpa ilmu.

    ReplyDelete
  18. Al-fatihah banyak fadilatnya. Selesai solat, kita baca Al-fatihah, ayat kursi, zikir. Itu juga dikira sedekah ke atas diri sendiri.

    Sejak saya kecil amalan ni diamalkan. Dan tak sangka setelah usia 33 tahun ada orang mempertikaikan tentang sedekahkan Al-fatihah ni ��.

    Perkara baik. InsyaaAllah Allah pasti suka.

    ReplyDelete
  19. Bagaimane cara nya..coba bagi contoh dan step nya untuk sedekah Al Fatihah buat ke dua ibu bapak..please..saya nak tau..

    ReplyDelete
  20. Saya pn agak ragu2 dengan bab2 sedekah alfatihah ni. Walaupun dengan yg tlh meninggal, selalu saya doakan saja pada yg telah meninggal je. Doa diampunkan dosa mereka dan dimudahkn alsm barzakh mereka. Tapi kalau ada kesilapan atau kekeliruan pn, saya yakin Allah itu Maha Mengampuni dan Maha Mengasihani. Allah akan ampunkan. :). Apa pn, pasal sedekah al fatihah ni.. Allahu a'lam. Semoga belas kasihan Allah sampai kepada semua umat islam. Aamiin.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad