Sahabat Que 'Silent Readers'

ISU SEMASA TERKINI | Kenderaan SPAD DIKEPUNG Kumpulan Pemandu Lori

9/05/2013 02:30:00 pm

ISU SEMASA TERKINI | Kenderaan SPAD DIKEPUNG Kumpulan Pemandu Lori | Lapan anggota pasukan penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dikepung sekumpulan pemandu lori ketika mereka menjalankan Ops Hippo di Kawasan Perindustrian Gebeng, di sini semalam.

Kereta peronda SPAD dikepong lori.
Pengurus Kanan Penguatkuasa SPAD Wilayah Timur, Mejar Mohd Shariff Jamal Abidin, berkata kejadian dipercayai susulan rentetan penahanan beberapa lori dalam operasi berkenaan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
'Ops Hippo yang bermula 11 malam tadi (kelmarin) menahan beberapa lori membawa muatan berlebihan di sekitar Bukit Besi, Dungun selain Semambu, di sini.

“Selepas itu, pasukan penguat kuasa yang membuat pemeriksaan di sekitar Gebeng pada jam 1 petang tadi (semalam) telah dikerumuni 30 pemandu lori yang dipercayai tidak berpuas hati dengan operasi yang dijalankan itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada sebarang kekerasan dilaporkan berlaku ketika kepungan itu dan selepas mendapat penjelasan serta bantuan polis, semua pemandu lori berkenaan dapat disuraikan.

“Kumpulan pemandu lori itu turut menyuarakan masalah mereka selain membuat beberapa tuntutan,” katanya sambil menambah, satu laporan polis berhubung kejadian terbabit dibuat SPAD di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 2.41 petang, semalam.-bernama

sumber: http://terengganutoday.com/

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad