Sahabat Que 'Silent Readers'

ADAM AF DAN FIZA ELITE SAH SUAMI ISTERI | DENGAN SEKALI LAFAZ

9/27/2013 08:26:00 am

ADAM AF DAN FIZA ELITE SAH SUAMI ISTERI | DENGAN SEKALI LAFAZ | Selamat Pengantin Baru. Bekas anggota kumpulan Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, selamat bergelar isteri kepada penyanyi Adam AF atau nama sebenarnya, Mohd Aizam Mat Saman, 30.


Tepat jam 10.30 pagi, pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dengan mas kahwin sebanyak RM300 di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shah Alam.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Fiza tampil anggun dengan persalinan berwarna putih lengkap berpurdah sementara Adam segak menggenakan jubah putih.

Pada majlis itu juga, Adam menyerahkan hantaran berupa sepersalinan barangan solat kepada isterinya itu.

Majlis pernikahan mereka turut dihadiri rakan artis, Sabhi Sadhi.

Perkenalan kedua mempelai ini dikatakan bermula sejak bulan Ramadan lalu dan Adam telah melamar Fiza pada pertemuan kedua mereka.

Fiza sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan Ahmad Farriq Zainul Abidin tetapi disahkan bercerai pada November 2010.

Hasil perkahwinan terdahulu, Fiza dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad