Sahabat Que 'Silent Readers'

Penggunaan Minyak RON 95 Sebulan | Gaji RM3000 & Ke Bawah (Minyak RM132) VS Gaji RM5000 & Ke Bawah (Minyak RM375). Setuju?

9/19/2013 07:40:00 am

Penggunaan Minyak RON 95 Sebulan | Gaji RM3000 & Ke Bawah (Minyak RM132) VS Gaji RM5000 & Ke Bawah (Minyak RM375). Setuju? | Minyak RON95 vs GAJI. Akhirnya salah seorang menteri Malaysia yang acapkali “menjunjung tinggi” segala dasar dan pelaksanaan kerajaan Malaysia sesuai dengan kapsiti beliau sebagai seorang menteri ___________________.


Kali ini, Ahmad Maslan tampil dengan formula pengiraan yang membantu rakyat Malaysia mencongak dan merancang kewangan mereka setiap bulan walaupun dek kerena bahang kehangatan kenaikan harga minyak RON95 terutamanya. Caranya ialah?
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

“Ada orang pernah memberikan nasihat, jikalau tidak tahu lebih baik diam. Diam itu lebih baik sebenarnya”
Tetapi apabila tetap mahu bersuara. Akhirnya ini hasilnya….

 
Kali ini, menteri sendiri seperti Ahmad Maslan membantu rakyat Malaysia mengirakan duit minyak RON95 kita dan anda semua.

Pengiraan Penggunaan Minyak RON 95 Sebulan VS Gaji Rakyat Malaysia

  • Pendapatan kumpulan rakyat Malaysia yang mendapat gaji RM3000 sebulan & ke bawah akan pakai minyak RM132 ÷ 30 = bersamaan RM4.40 sehari
  • RM4.40 ÷ RM2.10= 2.1 liter sehari
  • Pendapatan kumpulan rakyat Malaysia yang mendapat gaji RM5000 sebulan & ke bawah akan pakai minyak RM375÷ 30 = bersamaan RM12.50 sehari
  • RM12.5 ÷ RM2.10= 5.95 liter sehari
Ini bermakna, rakyat Malaysia berjaya bergerak dengan lancar tanpa sebarang kesesakan dan majoriti kedudukan tempat kerja rakyat Malaysia sekarang hanya sekitar sebatu sahaja dari kediaman masing-masing. Benarkah? Realitinya?
  • Kiraan penggunaan minyak petrol RON95 adalah berdasarkan kumpulan gaji rakyat Malaysia? Erm…..
  • Adakah begini tahap pemikiran otak matematik Menteri-menteri di  Malaysia?
  • Menitis airmata rakyat Malaysia “penuh kebanggaan”
Secara terus terangnya, Berita Semasa merasakan sejak di era pimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir & timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada era 90 a, semua barisan Menteri Malaysia yang diberikan tanggungjawab sebesar ini sangat-sangat mengecewakan.
Jikalau beginilah tahap pemikiran beginilah barisan kabinet kerajaan Malaysia, Berita Semasa lebih sanggup dan rela Tun Dr Mahathir Mohamad yang memimpin Malaysia walaupun ___________, ___________ & ______________.

P/S : Bersabar & bertabahlah wahai rakyat Malaysia memiliki tahap pemikiran seperti ini. Apa pandangan anda pula dengan formula pengiraan Ahmad Maslan disebalik kenaikan harga minyak RON 95 Vs gaji anda semua?

sumber: http://www.beritaterkini.my/minyak-ron95-gaji-pendapatan

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad