Remaja Gantung Diri Akibat Dimarahi Guru | NAUZUBILLAH

Remaja Gantung Diri Akibat Dimarahi Guru | NAUZUBILLAH | Seorang remaja perempuan ditemui mati tergantung dipercayai membunuh diri dalam bilik tidurnya dipercayai tertekan selepas dimarahi gurunya di Taman Pertama di sini, kelmarin.


Lebih mengharukan apabila ibu mangsa pula hampir membunuh diri dengan mengelar tangan kirinya menggunakan pisau kerana terlalu sedih melihat anak kesayangannya itu tergantung menggunakan selimut.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Bagaimanapun, ibu mangsa yang enggan dikenali sempat menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan didapati keadaannya semakin stabil.

Dalam kejadian pada jam 6 petang, pelajar tingkatan dua, sebuah sekolah di sini ditemui ibunya tidak bernyawa setelah mengurung diri dalam biliknya sebaik pulang dari sekolah.

Salah seorang ahli keluarga mangsa yang hanya dikenali sebagai Logan berkata, remaja itu bertindak demikian kerana sedih dimarahi gurunya di sekolah dan dikatakan mahu mengadu kepada ayahnya yang bertugas sebagai polis di balai berhampiran.

“Mereka tidak mempunyai masalah besar dalam keluarga dan dia sangat rapat dengan abangnya yang berusia 19 tahun. Dia juga tidak memaklumkan apa-apa masalah kepada kami,” katanya di perkarangan Unit Forensik HRPB di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan dan mendapati kematian mangsa tiada unsur jenayah.

“Kejadian itu juga tidak membabitkan masalah keluarga namun, kita masih meneruskan siasatan susulan berhubung kejadian ini,” katanya. – paapaada.blogspot

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

paripariputih said...

Entahlah... kadang-kadang nak salahkan cikgu 100% pun x boleh... nak disalahkan murid tu pun x boleh (mungkin cikgu tu marah membabitkan maruah dia we do not know the true story...) tpi sekarang ni nyawa mcm dah x berharga jer..

arieon said...

Sesuatu perlu dibuat mengenai perkara ini. Proses persekolah sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan dan bukannya menyeksa budak. Sistem pendidikan yang terlalu bergantung pada penilaian peperiksaan menyebabkan guru-guru, kanak-kanak dan ibu bapa yang terkesan.

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts