Sahabat Que 'Silent Readers'

Kereta Kalis Peluru Berharga RM3.16 Juta Ditemui | Apakah Kelebihan Lainnya?

6/10/2013 09:41:00 am

Kereta Kalis Peluru Berharga RM3.16 Juta Ditemui | Apakah Kelebihan Lainnya? | TORONTO - Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hummer yang dikilangkan di Kanada kini mencipta nama sebagai kenderaan kalis peluru paling mewah di dunia.
Kereta itu yang dinamakan Knight XV memiliki panjang 6.09 meter manakala harganya bermula dari AS$484,645 (RM1.5 juta) hingga AS$989,946 (RM3.16 juta) bergantung kepada ciri-ciri tambahan yang diminta pelanggan.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Selain mampu menahan hujan peluru, Knight XV dilengkapi tempat duduk mewah, skrin televisyen cecair kristal (LCD), permainan video Playstation, sistem audio 12 pembesar suara serta sistem pembesar suara yang membolehkan penumpang bercakap dengan orang di luar tanpa perlu membuka tingkap kenderaan.


"Kami percaya telah mencipta segmen tersendiri bagi pasaran kenderaan kalis peluru mewah denganKnight XV," kata Presiden Syarikat Conquest Vehicles yang mengeluarkan kenderaan istimewa itu, William Maizlin.


Kenderaan kalis peluru gergasi itu dijana enjin V10 Ford dengan 400 kuasa kuda dan mampu mencapai kelajuan maksimum 160 kilometer sejam. - Agensi

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad