Sahabat Que 'Silent Readers'

Anak MICHAEL JACKSON Cuba Bunuh Diri | RAGAM MANUSIA ALAF BARU

6/06/2013 04:02:00 pm

Anak MICHAEL JACKSON Cuba Bunuh Diri | RAGAM MANUSIA ALAF BARU | 'Dokdang nok mikir' kata org teganu. Entahlah, dunia sekarang, macam2 bende yang peliks2 berlaku. Bunuh diri situ, bunuh diri sini. Segala bagai perangai pelik manusia zaman sekarang ni. Sambil Abe baca www.astroawani.com, teringin pulak Abe share kat sini. Ia kisah tentang PARIS.



LOS ANGELES: Anak mendiang ikon pop Michael Jackson, Paris dikejarkan ke hospital di California pada Rabu selepas cuba membunuh diri menurut keluarga remaja itu.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Gadis 15 tahun itu cuba mencederakan pergelangan tangannya dengan sebilah pisau pemotong daging di samping sekeping nota menurut laman sesawang selebriti TMZ.

Remaja yang kematian bapanya pada 2009 itu ditempatkan di wad pengawasan psikiatri dengan pengawasan 72 jam. Sumber tersebut menambah Paris mengalami tekanan perasaan dan sebelum ini turut pernah mencuba untuk membunuh diri.

“Dia cuba mencederakan dirinya. Dia betul-betul merindukan bapanya. Dia pernah mendapatkan rawatan psikiatri sebelum mengalami tekanan tersebut. Ini merupakan bentuk pertolongan yang dia minta.”

“Dia stabil dan tidak kritikal.”

Remaja itu tuit beberapa kali pada Selasa lalu menulis “semalam, seperti semua masalah itu telah pergi namun kelihatannnya ia masih membelenggu” dan “saya pelik kenapa air mata berasa masin?”

Nenek Paris, Katherine berkata "Menjadi remaja 15 tahun tidak mudah. Ianya lebih sukar apabila anda kehilangan orang yang hampir dengan anda.

"Paris kini stabil dan sedang mendapat rawatan sewajarnya. Tolong hormati hak persendiriannya dan keluarga," jelas Katherine.

Paris anak kedua daripada tiga beradik iaitu Prince dan Blanket telah mengorak langkah dalam industri hiburan dengan memegang watak dalam "Lundon Bridge and the Three Keys".

Namun penulis dan penerbit filem berkenaan Dennis H Christen memberitahu penggambaran filem berkenaan belum dijalankan.

sumber: http://www.astroawani.com/news/show/anak-michael-jackson-cuba-bunuh-diri-15765

You Might Also Like

3 comments

  1. stres kali dia ayahnya mati di bunuh?? maybe

    ReplyDelete
  2. terdengar jugak pagi tadi di radio... hurm...tertekan kot budak ni...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad