Sahabat Que 'Silent Readers'

Krisis Syria | Mereka Disembelih, Ditembak Dan Dibakar Beramai-Ramai

6/16/2013 09:03:00 pm

Krisis Syria | Mereka Disembelih, Ditembak Dan Dibakar Beramai-Ramai | Subhanallah Halaman berita negara-negara Arab hari ini masih hangat membicarakan pembunuhan menyayat hati yang dilakukan oleh askar rejim Basyar beserta talibarut upahan mereka di "Ertouz Al-Fadhl" apabila ratusan mayat ditemui bergelimpangan sehari selepas operasi penyembelihan berlaku.


Jumlah tepat angka korban sehingga kini dilaporkan mencecah 566 orang, 483 orang daripadanya kalangan wanita dan kanak-kanak.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Paling menyedihkan, mereka bukan sahaja ditembak beramai-ramai, terdapat kesan kelar di leher mereka yang disembelih dengan pisau serta terdapat mayat yang hangus akibat dibakar hidup-hidup.

Kumpulan pembangkang mendakwa, pembunuhan Ahad lalu merupakan jenayah terbesar yang dilakukan rejim sejak tercetus revolusi 2 tahun lalu.

Jaringan Hak Asasi Manusia Syria pula mendakwa askar rejim dan tentera Hizbullah bertanggungjawab kerana usaha mereka bagi menguasai beberapa kawasan yang dikuasai oleh Tentera Pembebasan Syria sebelum ini.

Halaman "Berita Syam" melaporkan, hampir 100 mayat ditemui dalam sebuah perkuburan dan pengumpulan mayat-mayat penduduk masih diteruskan.

Sementara itu, di wilayah Idlib juga dilaporkan 14 penduduk awam terbunuh, 5 daripadanya adalah kanak-kanak apabila sebuah bom digugurkan mengenai sebuah sekolah "Sekolah Rendah As-Syahid Ali El-Khatib".

RUJUKAN: http://www.fj-p.com/article.php?id=56987& http://bloginfo4uall.blogspot.com/2013/04/krisis-syria-mereka-disembelihditembak.html

You Might Also Like

4 comments

  1. QA,

    'Subhanallah' tidak sesuai dgunakan dlm N3 ni. Subhanallah diucap bila melihat yg indah/sesuatu yg mengagumkan. Lebih sesuai 'innalillah' bila dapat berita buruk. Waallahualam.

    Moga rakyat Syria tabah dlm menempuh ujian ini.

    ReplyDelete
  2. berita sebenar mesti diperolehi, semoga Syria kembali damai.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad