Sahabat Que 'Silent Readers'

ABNxcess | Evolusi TV Digital Canggih

6/13/2013 11:59:00 am

ABNxcess | Evolusi TV Digital Canggih | Meskipun akses terhadap maklumat kini ha­nya di hujung jari dengan evolusi peralatan elektronik terutama telefon pintar dan tablet, kuasa TV sebagai medium penyiaran tidak dinafikan masih lagi penting.


Mengambil kira Internet juga satu keutamaan, maka lahirlah siaran TV digital pertama, Asia Broadcastin Network (M) Sdn Bhd (ABN) yang dilancarkan, baru-baru ini.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, baru-baru ini, jenama ABNxcess tidak ketinggalan mendapat sokongan kerajaan dan buktinya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri hadir melancarkannya.

Dalam majlis pelancaran bertemakan Era Baru itu, acara yang ditayang­kan secara langsung di TV1 itu turut menampil­kan beberapa artis popular membuat persembahan termasuk Datuk M Nasir, Anuar Zain, Najwa Latif, Soo Wincci dan One Nation Emcees.

Tidak terkecuali, dua penyanyi veteran iaitu Bob Tutupoli diterbangkan dari Indonesia manakala Somnur Monir Konal pula diundang dari Bangladesh.

Dihoskan pengacara popular, Nabil Raja Lawak dan Linda Onn, selain persembahan artis, acara turut diserikan dengan sim­foni tarian 1Malaysia.

Berucap pada acara itu, Pengerusi ABNxcess Media Group, Laksamana (B) Tan Sri Datuk Setia Mohd Anwar Mohd Noor, menyifatkan kewujudan TV digital berkenaan pastinya menjadi revolusi baru buat segenap lapisan masyarakat tempatan berdasarkan cirinya yang mudah.

“Tanggal 8 Jun 2013 adalah detik paling bersejarah buat dunia teknologi dan penyiaran negara apabila seluruh rakyat Malaysia berpeluang menikmati perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi bersama siaran TV tanpa sempadan pada kadar berpatutan.

“ABNxcess atau Asian Broadcasting Network Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan video, data dan suara menggunakan Coaxial Serat Hibrid (HFC) Network atau lebih dikenali sebagai Rangkaian TV Digital Kabel. Ini bermakna kami ha­nya menggunakan satu kabel untuk me­nyediakan semua perkhidmatan, tanpa piring satelit di atas bumbung kediaman anda.

“Dengan ini, pelanggan ABNxcess akan dapat menikmati saluran TV berdefinisi tinggi yang diidamkan tanpa sebarang gangguan cuaca,” katanya.

Menjadi yang pertama di negara ini, bagaimanapun keyakinan untuk memperkenalkan ABNxcess didorong dengan kejayaan serta keberkesanan saluran teknologi berkenaan di serata dunia.

“Teknologi ini terbukti hebat dari sudut kualiti dan kepuasan pelanggan di kebanyakan negara luar antaranya Amerika Syarikat, Kanada, India, China dan Singapura.

“Syarikat pengendali kabel TV kini muncul sebagai peneraju industri penyiaran di negara terbabit kerana kemampuan untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti dengan kadar berpatutan,” jelasnya.

Selain persembahan artis, acara berkenaan dimulakan dengan karnival pada jam 3 petang dan menyediakan pelbagai aktiviti termasuklah persembahan Muzik Extravaganza, pameran saluran TV terbabit, pertandingan, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Konsert pula bermula jam 7.30 malam dengan persembahan M Nasir mendendang­kan Hati Emas dan Mantera Semerah Padi, Anuar Zain (Ajari Aku & Sedetik Lebih), Najwa Latif (Adamu, Sahabat & Kosong), Soo Wincci (Listen, I’ll Be Alright & Musim Asmara), Bob Tutupoli (Widuri) dan One Nation Emcees (Anak Kampung & Raja Gelek).

Untuk permulaan ABNxcess menyediakan 100 variasi saluran TV dan radio dengan pakej xcess 50 (fifty) pada harga yang amat berpatutan iaitu RM29.99 sebulan. Menerusi pakej xcess 50 ini, pelanggan dapat menikmati 50 saluran dari serata dunia termasuk 10 siaran berdefinisi tinggi atau HD tanpa caj tambahan.

Sebagai tambahan ia juga menampilkan lapan saluran TV tempatan seperti rangkaian RTM, TV3, ntv7, 8TV dan TV9, TV AlHijrah dan TV-i. Saluran antarabangsa yang pertama kali ditawarkan di Malaysia menerusi ABNxcess antaranya Cinema World, Colors dan ATV.

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad