Sahabat Que 'Silent Readers'

JEREBU TERKINI | Operasi Pembenihan Awan Di Lakukan

6/25/2013 10:00:00 am

JEREBU TERKINI | Operasi Pembenihan Awan Di Lakukan | JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia memulakan proses pembenihan awan semalam dalam usaha menghasilkan hujan serta memadamkan kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu serius ke atas negara jirannya iaitu Malaysia dan Singapura.


Di Singapura, indeks pencemaran udaranya menurun. Namun, beberapa buah negeri di Malaysia terutama Johor mengalami jerebu serius sehingga memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat. Sebuah pesawat dengan peralatan pembenihan awan dikatakan berjaya menghasilkan hujan di daerah Bengkalis, pulau Sumatra kelmarin.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Kami akan meneruskan operasi pembenihan awan pada hari ini menggunakan dua pesawat,” jelas pegawai Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, Agus Wibowo.

Sementara itu, polis Indonesia menyatakan pihaknya sedang menyiasat lapan buah syarikat, termasuk dari Malaysia. Siasatan itu dibuat sehari selepas aktivis alam sekitar Greenpeace menyatakan kebakaran melibatkan ladang kelapa sawit milik syariat dari Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Menurut Wibowo, Indeks Standard Pencemaran (PSI) di wilayah Riau melebihi tahap bahaya iaitu 400 di beberapa lokasi. Sebanyak tiga buah helikopter juga telah ditugaskan untuk memadamkan api di kawasan berkenaan. – AFP

*JAKARTA sudah, MALAYSIA bila lagi?

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad