Sahabat Que 'Silent Readers'

Piala FA Kelantan vs Johor | Negeri Kelantan Isytihar 30 Jun 2013 CUTI PERISTIWA

6/13/2013 09:09:00 am

Piala FA Kelantan vs Johor | Negeri Kelantan Isytihar 30 Jun 2013 CUTI PERISTIWA | Bestnya sebab seluruh Negeri Kelantan dapat cuti Free... Walaupun belum tentu menang lagi dalam Final Piala FA. Semangat ni ang Abe suka :)


Kalu hari2 cuti pun lagiiiiiiii Abe suka... hehehehhe... Bab cuti2 ni, Abe tak tolak :P
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
KERAJAAN Kelantan mengumumkan 30 Jun ini sebagai cuti peristiwa sempena kemaraan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) ke peringkat akhir Piala FA.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Menurutnya, cuti berkenan bagi membolehkan para penyokong Kelantan pulang dengan selamat dan tidak tergesa-gesa selepas menyaksikan perlawanan akhir itu.

Kelantan selaku juara bertahan layak ke pentas akhir selepas menyingkirkan seteru tradisi, Terengganu dengan agregat 6-5.

Sementara itu, Johor Darul Takzim (JDT) mara ke akhir Piala FA selepas menumbangkan Pahang menerusi kelebihan jaringan tempat lawan selepas kedudukan agregat terikat 2-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kedua-dua pasukan akan berentap di pentas akhir bagi merebut kejuaraan Piala FA musim ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun ini.

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad