Sahabat Que 'Silent Readers'

Pai Daging Lembu Yang Dihidang Kepada Banduan Muslim Mengandungi DNA Babi | MESTI BACA!!!

6/29/2013 11:00:00 am

Pai Daging Lembu Yang Dihidang Kepada Banduan Muslim Mengandungi DNA Babi | MESTI BACA!!! | Pai Daging Lembu Yang Dihidang Kepada Banduan Muslim Mengandungi DNA Babi - London : Britain sekali lagi dihimpit dengan skandal melibatkan makanan halal.


Kali ini ia melibatkan makanan yang dibekalkan kepada banduan beragama Islam apabila pai berintikan daging lembu yang dihidangkan kepada mereka didapati mengandungi DNA babi.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Susulan itu, Kementerian Kehakimannya telah menggantung pembekal daging di penjara dan semua makanan yang tercemar itu telah ditarik balik berkuat kuasa serta merta.

Menterinya, Jeremy Wright menyibatkan skandal makanan halal di penjara sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan siasatan akan dijalankan.

“Kita mempertimbangkan dengan pihak berkuasa tempatan sama ada tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil,” katanya.

Dalam pada itu, pengarah kementerian itu, Juliet Lyon berkata perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan melibatkan diet dalam makanan sebaliknya membabitkan undang-undang Islam.

“Terdapat peraturan yang jelas bahawa penjara dan hospital perlu mempunyai menu makanan halal dalam hidangan hariannya.

“Keadaan ini telah menghina banduan Muslim dan kami memohon maaf kepada mereka dan keluarga mereka. Tindakan menggantung pembekal serta menjalankan siasatan segera dalam kes ini merupakan langkah yang tepat yang telah diambil oleh kementerian,” katanya.

Daging lembu itu dibekalkan oleh pembekal makanan yang mempunyai sijil halal. Skandal terbaru ini meletus selepas umat Islam di Britain dikejutkan dengan penemuan DNA babi dalam burger daging lembu yang dijual kepada orang ramai. – MyNewsHub

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad