Sahabat Que 'Silent Readers'

LAHAD DATU TERKINI | SIDANG MEDIA OPS DAULAT PESURUHJAYA POLIS SABAH PADA 1 APRIL 2013

4/01/2013 10:27:00 pm

LAHAD DATU TERKINI | SIDANG MEDIA OPS DAULAT PESURUHJAYA POLIS SABAH PADA 1 APRIL 2013Keadaan keselamatan di Negeri Sabah adalah terkawal dan selamat. Tidak ada pertempuran yang berlaku setakat ini. Operasi pembersihan dan penggeledahan di semua kawasan operasi telah selesai dijalankan.



Hari ini, proses-proses pemindahan semua orang kampung masih lagi dijalankan.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Tiga buah pusat pemindahan iaitu Pusat Pemindahan Cenderawasih, Pusat Pemindahan Fajar Harapan dan Pusat Pemindahan Gemala Pura telah ditutup manakala Pusat Pemindahan Embara Budi masih lagi dibuka untuk penduduk kampung yang mana rumah mereka mengalami kerosakan yang teruk atau ‘total lost’.

Pada pagi tadi, seramai lapan orang pengganas telah dituduh di Mahkamah Majistret Lahad Datu di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan dan Seksyen 130 Kanun Keseksaan dan di baca bersama SOSMA. Ini menjadikan jumlah pengganas yang telah di tuduh di Mahkamah sehingga hari ini adalah seramai 16 orang.

Statistik terkini jumlah keseluruhan pengganas yang ditangkap adalah seramai 454 orang dengan pecahan 127 tangkapan SOSMA dan tangkapan kes-kes lain seramai 327 orang. Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 47 orang manakala jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 69 orang. Jumlah mayat pengganas yang telah dikebumikan adalah seramai 29 orang.

Jumlah pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang cedera adalah seramai 11 orang dengan pecahan PDRM = 8 orang dan ATM = 3 orang.

Pada hari ini juga, lelaki yang dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan iaitu penama Dato’ Seri MUHAMMAD RIDZWAN SULAIMAN telah menyerah diri pada pagi tadi bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Selangor. Penama tersebut telah dibuat tangkapan semula oleh pihak polis dan akan disiasat di bawah SOSMA.

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad