Sahabat Que 'Silent Readers'

Bayi Baru Lahir Dipukul & Dibuang Tepi Jejambat | KISAH NYATA Yang KEJAM

4/07/2013 09:17:00 pm

Bayi Baru Lahir Dipukul & Dibuang Tepi Jejambat | KISAH NYATA Yang KEJAM | PETALING JAYA – Menyayat hati apabila mayat bayi perempuan baru dilahirkan berbungkus dengan kain selendang ditemui di tepi jejambat menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh–Kepong, semalam.

Mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh seorang pejalan kaki kira-kira jam 7 pagi.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Difahamkan lelaki itu curiga selepas terlihat bungkusan kain tiba-tiba berada di tepi jejambat. Dia membuka bungkusan itu dan menemui mayat bayi yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya percaya mayat bayi itu ditinggalkan di situ beberapa jam sebelum ditemui.
Menurutnya, kesan kecederaan didapati di mata kiri. Tali pusatnya telah dipotong dan disapu ubat luka.

“Bayi itu mungkin dipukul atau dihempas, berdasarkan kecederaan mata atau ditekup sehingga tidak dapat bernafas berdasarkan buih yang keluar dari hidung.

“Kita masih menyiasat kes ini dan menunggu laporan bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis terdekat.

SUMBER: http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/04/bayi-baru-lahir-dipukul-dibuang-tepi.html

You Might Also Like

4 comments

  1. Astaghfirullah,manusia sekarang sudah benar-benar sakit jiwanya,sudah hilang rasa kemanusiaan.
    Antara puncanya ialah kata alim ulamak disebabkan tidak menjaga pemakanan,makanan yang subahah yang di makan di bimbangi mengandungi unsur2 haram akan merosakkan jiwa.

    Makanan yang haram akan merosakkan akal umpama racun yang merosakkan pokok.

    ReplyDelete
  2. Satu lg sebab ialah tak mahu berhukum dgn hukum islam

    ReplyDelete
  3. Astagfirullah....
    Siapalah yang kejam sangat ni...
    Semoga Allah s.w.t memberikan pembalasan yang setimpal buat si pelaku.....
    Tak layak beranak orang macam ni..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad