Sahabat Que 'Silent Readers'

LAHAD DATU TERKINI | KOLEKSI Gambar Penduduk Sabah Mengusung Mayat Penceroboh!

4/01/2013 09:04:00 pm

LAHAD DATU TERKINI | KOLEKSI Gambar Penduduk Sabah Mengusung Mayat Penceroboh! | Penduduk kampung mengusung mayat salah seorang penceroboh yang ditembak mati untuk dibawa keluar dari Kampung Seri Jaya, Simunul semasa teruknya serangaan Penceroboh minggu lepas. Semasa dalam kejadian itu, enam anggota polis maut dan enam anggota kumpulan bersenjata turut terbunuh.


SEMPORNA: Kira-kira 30 penduduk Kampung Simunul mengambil inisiatif mengangkat tiga mayat penceroboh dari kampung itu untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.
baca lagi & lagi gambar, Klik TAJUK ENTRI ni

Ketua kampung, Ramli Saraman berkata tindakan mengangkat mayat itu dilakukan bagi mengelak bau busuk berterusan yang terpaksa dihadapi para penduduk.

Dalam pada itu, Ramli turut menasihati penduduk di situ agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab kerana ia dapat mengeruhkan keadaan.



"Saya diberitahu penduduk, mereka mengatakan pihak penceroboh akan membalas dendam dengan membakar kampung ini (Kampung Simunul) jadi saya beritahu mereka jangan cepat percaya berita sebegitu, kerana saya sentiasa berhubung dengan pihak polis," katanya.

Ramli yang menjadi ketua kampung itu sejak tujuh tahun lepas, berkata tiada paksaan untuk penduduk kampung meninggalkan kediaman mereka, kerana ia merupakan hak individu. Beliau optimis pasukan keselamatan negara mampu mengawal keadaan, dan menambah, keadaan kampung kembali tenang namun masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di bawah pengawasan polis. BERNAMA

You Might Also Like

2 comments

  1. Bila ler nak habis..
    Kasihan penduduk kampung ni

    ReplyDelete
  2. Kesian mereka....
    Dah macam pendatang di kampung sendiri pulak..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad