Sahabat Que 'Silent Readers'

AURAT FERRARI | Aurat Wanita Ibarat KERETA FERRARI

4/01/2013 06:00:00 pm

AURAT FERRARI | Aurat Wanita Ibarat KERETA FERRARI360 Spider, 550 Barchetta, F430, SA APERTA, 612 Sessanta atau apa saja modelnya. Pemilik kereta membawa ke mana saja. Keliling kota atau desa. Parking dan berhenti di mana-mana.

Luarnya (design) kereta itu sangat cantik, menarik pemandangan mata memandang, warna yang mengancam, berkilat, setiap inci diteliti. Side mirror, lampu depan, lampu belakang, lampu signal kiri dan kanan. Oh, kau sangat bergaya dan menawan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
"Kalau lah aku dapat kereta ni... Perrrghhh AWESOME!" Sambil mengetap bibir tanda geram, setiap mata memandang berdialog diam-diam. Membayangkan kereta itu jadi kepunyaan. Ya, kereta itu jadi perhatian. Kadang-kadang rimas. Tapi pemilik kereta sedikit bangga.Kereta mahal katakan...

Itu baru luarnya kereta Ferrari. Dalamnya (interior)?

Pemilik kereta membuka pintunya pula.

Ada mata yang cuba-cuba meninjau.Menjengah kepala mencari ruang untuk melihat isi dalam kereta itu.
"Kalau luaran pun dah awesome,dalaman mesti banyak functions."
"Perrrghhh!"
"Kalau aku dapat drive sekejap pun jadilah."

Sekali lagi angan sangkaan Si Pemerhati. Mana tidaknya, luas dalaman kereta itu pun sudah selesa, tempat dudukya diperbuat daripada kulit lembut yang berkualiti tinggi (high quality soft leather), sound system yang Uumphh. Tengah leka explore seluruh isi dalam kereta, mata tertarik pada dashboard pula.

Tachometers, horn, engine start button, steering wheel, setup switch, optional paparan LCD dan banyak lagi functions on the dashboard dalam kereta itu. Geram, rasa nak tekan-tekan semua, nak tengok function kereta ini macam mana.

"Alah...You know ferrari, right?"

Kalau nampak depan MidValley Megamall orang sanggup berhenti snap gambar. Kalau tidak sekalipun, orang snap curi-curi. Upload dalam facebook, twitter.

Caption : "Terbaik der!!.Kau ada...??"
Lumrah kereta mahal...

Tapi...

Apakata kalau pemilik kereta itu cuba menggunakan car cover, kain lebar atau apa saja untuk menyelubungi atau selagi tidak mahu menampakkan kereta mahal itu?

Adakah kereta itu akan jadi perhatian?

Adakah setiap perincian kereta itu dapat ditelitikan?

Warnanya, kilatnya, bentuknya, kedudukan lampunya, cantik atau tidak, fungsinya.

Adakah kereta itu menjadi khayalan imaginasi 'Si Pemerhati'?

Jangankan kereta Ferrari, kalau kereta Kancil enjin berkuasa turbo pun orang akan jeling sikit-sikit. Macam itu juga aurat wanita,

Di bawa ke mana oleh badan bernyawa,
Ada pemerhati galak matanya,
Mencari ruang untuk 'meneroka',
Hati-hati dengan nafsu mereka,
Tolonglah wahai kaum hawa, tolong jaga,
Betapa mahalnya nilai diri anda.
Semahal-mahal kereta Ferrari,
Mahal lagi auratmu wahai ukhti,
Persembahkan untuk suamimu nanti,
Bukan kepada golongan ajnabi,
Barulah kau digelar Bidadari,
Insyallah duniawi dan ukhrawi.

"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik." (Surah al-A'raf ayat 26)

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad