Sahabat Que 'Silent Readers'

Koleksi Ayat Motivasi dan Mutiara Kata | MESTI BACA

4/02/2013 11:44:00 am

Koleksi Ayat Motivasi dan Mutiara Kata | MESTI BACAHari ini Abe nak berkongsikan mengenai ayat motivasi dan mutiara kata yang boleh merangsang semangat kita untuk berkerja keras untuk masa depan. Semoga dengan perkongsian kali ini boleh memberi kita kekuatan. Kredit pada Dr. Fuh :)

Koleksi Ayat Motivasi dan Mutiara Kata

Ayat Motivasi dan Mutiara Kata

(1) Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
(2) Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab

(3) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

(4) Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan

(5) Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire

(6) Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

(7) Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.

(8) Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

(9) Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson

(10) Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

(11) Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

(12) Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…

(13) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

(14) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. 

(15) Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

(16) Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

(17) Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

(18) Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

(19) Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.

(20) Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159

You Might Also Like

5 comments

  1. nice quotes...thanks for sharing... ^_^

    ReplyDelete
  2. Suka yang no 7..
    Berkaitan hutang tu... =D

    ReplyDelete
  3. saya suka yg no 19 tu..

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang amat menarik!!

    Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

    saya suka yang ini sebab walau kerja itu senang macam mana pun kalau kau tak suka memang tension..hehehehe

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad