Sahabat Que 'Silent Readers'

KISAH NYATA Yang SEDIH | USTAZ MOHD KAZIM ELIAS

4/06/2013 12:05:00 pm

KISAH NYATA Yang SEDIH | USTAZ MOHD KAZIM ELIAS | Kata Ustaz Kazim: Salam alaik. Ayah saya meninggal ketika saya berumur 8 bulan. Kami keluarga besar, arwah emak cuma guru quran, apapun kami adik beradik boleh menerima dan sabar malah takkan meminta2 dr emak sbb kami tahu mak teruk bekerja.


Ketika sekolah rendah saya ramai jugak kawan, main bola, polis sentri, tuju tin dll tp bila mereka makan, beli barang mainan saya akan balik rumah, saya tak nak tengok sbb benda2 mcm tu saya takkan dapat..
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Banyak perkara yang saya pendamkan walaupun masih budak kerana duit tak de. Seingat saya emak ada beli pistol mainan pd saya di Taiping, saya ikut sekali, mak saya sampai merayu2 pada Cina kedai tu supaya kurangkan harga. Sejak itu mmg saya tak minta apa dah. Kesian kat mak. Baju, kasut, buku kebanyakkannya kongsi dgn kakak dan abg.

Sejak saya berumur 8 tahun saya tak pernah pergi beraya dirumah siapa pun. Tiap2 raya saya hanya duduk dirumah, tak berjalan pun. Memang tak meriah macam budak2 lain. Mak saya faham, dia tak marah malah saya yang buat kuih, mengemas dan melayan tetamu yg datang. Saya tak pergi beraya dirumah siapa pun sehinggalah saya tingkatan 5, baru la saya berani keluar dgn kawan2 beraya. Masa tu di Felda Besout.

Puncanya, saya sangat sedih ketika saya 8 tahun, saya pergi beraya dgn baju melayu, saya pergi sebuah rumah, tuan rumah dan anak2 dia kata kat saya: Hah, ni datang ni nak kutip tong la ni..! 

Saya sangat terasa dengan kata2 tu, terus saya balik rumah, bagitau kat mak, mulai hari ni, adik tak nak lagi beraya rumah orang, adik nak raya ngan mak aje.. Mak saya peluk saya dan mak kata, takpe adik dok rumah, raya ngan mak naa.. Emak saya dah hampir 3 tahun meninggalkan kami semua. Al fatihah.

You Might Also Like

14 comments

  1. Astagfirullah...... Ada pulak pagi2 raya, budak datang beraya cakap macam tu......
    Tak tau makna memuliakan tetamu ke apa???

    Sedihnya AJ baca...
    AL-fatihah buat ibunya....

    ReplyDelete
  2. Sedih bebenor dengan cerita ustad ni.

    ReplyDelete
  3. Salam bro.. Blog bro telah pun saya pautkan.. Mohon pautkan kembali blog saya
    http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ustaz., walaupun kita berlainan ideologi politik tapi kita pernah bertemu tapi dari jauh dalam program ustaz di Ipoh... dalam bab ni saya menumpahkan seluruh belas kasihan saya kepada ustaz dan adik beradik ustaz.. lebih -lebih lagi al marhumah ibu ustaz., saya amat terharu ngan kisah ustaz dan insiden masa ustaz berusia 8 tahun tu..., adalah suatu kezaliman (bagi saya) bila keluarga itu mengeluarkan ungkapan yang tak sepatutnya di ucapkan di pagi raya begitu...dan perkara yang paling saya tak boleh terima bila melihat air mata ibu mengalir kerana tak dapat memenuhi keperluan (saya lebih suka menyebut keperluan dan bukan kehendak) anak-anak.. hancur luluh hati saya... semoga Allah merahmati ibu ustaz ...

    ReplyDelete
  5. klrga yg ckp tu masih ada lg x ? bg alamat pd sy biar sy pergi terajang sekor2..apa punya bebal.. Hari Raya adalah hari kebesaran umat Islam.apa ada kasta ke dlm menyambut aidil fitri?? semoga Allah swt melaknati manusia mcm tu...

    ReplyDelete
  6. Hiba hati aku bila membaca kisah ustaz Kazim ni..
    Al Fatihah utk arwah ibu ustaz..

    ReplyDelete
  7. saya satu kapong dgn ustad ni dulu masa dia kutok umno lupa diri sekarang apa dah jadi.........past.

    ReplyDelete
  8. sebab itulah sekarang saya tidak pernah memperkecilkan anak/kanak2....segala pengalaman saya alami dizaman kanak2 hingga kini masih kekal segar diingatan....

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    Ingatkan saya sorang je dapat pengalaman ngeri pada hari raya ;)

    namun sangat diakui, pengalaman itu buatkan kita lagi tabah untuk ubah masa depan.

    ReplyDelete
  10. sedihnyerr..ade ke ptut dia ckp mcm 2..mmg la terasa..kalau diri ini di tempat ustaz..mmg Yana akn buat bnda yg sama :')

    Al-fatihah utk arwah ibu ustaz..smga rohnya tenang di sana :)

    ReplyDelete
  11. Alfatihah.

    ReplyDelete
  12. aq peminat setia UKE..Aq sokong UMNO....yeahhhhhh..nk spm taun dpn...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad