Sahabat Que 'Silent Readers'

MANGSA BANJIR @ KORBAN BANJIR 2012

12/28/2012 12:39:00 am

 Mangsa Banjir 2012 yang terpaksa mohon Cuti Peristiwa sebab tak dapat kelik opis... Agak2 dapat tak ek?

Dulu masa kat Beserah dapat rasa gempa bumi. Sekarang kat Sungai Lembing, merasa pulak banjir. Macam tau-tau je Abe ni jenis spesies yang tak pernah merasa semua ni. HAHA. So bila orang duk sibuk cerita pengalaman dorang, boleh la Abe join the club. Kekonon lah, hahhahaha

Serious tak tipu, sepanjang hidup tak pernah merasa banjir tahap sampai tak dapat pegi kerja ni, hahahhaha. Bukan nak riak. Bukan! *marah* tapi tak pernah rasa sebab rumah Abe memang bukan kawasan-kawasan yang mudah banjir. Memanglah Pantai Timur ni selalu banjir, tapi ikut daerah dan daerah Abe jarang kena. Selalu kena Sungai Isap, Permatang Badak je. Itu banjir tahap Gaban la tu... nampak atap jeeee...
baca lagi & lagi gambar mangsa banjir, Klik TAJUK ENTRI ni
Semalam dan semalam yang lepas (dua hari yang lepas) Jalan Utama Sungai lembing ni dikejutkan dengan banjir yang tingginya sampai paras leher Abe (kiranya tenggelam jugaklah kereta Abe tu kalau Abe berdiri). Terkejut sebab tak sangka kena banjir. Memang hujan tak berhenti pun dalam dua tiga empat lima hari ni tapi kemuncaknya masa banjir ni lah. Habis kecoh jugak waktu tu. 
Nak dijadikan cerita, hari pertama banjir tu masa dah nak abis Cuti Krismas. Masa nak pegi naik Highway nak kelik, laaaaaaaaaa, 'stuck' on jammed yang teruk. sebelum turun umah 'still' takde apa-apa cuma hujan lebat nauzubillah sampai bumbung kete Abe macam hampir nak rosak. huhu Tak expect akan banjir time ni. Masa dah masuk dalam kete pun hujan still lebat kat luar. Dikira, dalam dua jam jugak hujan  lebat. Tengok gambar kat atas tu dah macam kat Pantai Batu Buruk kot, hahaha. Jalan tu lah yang Abe kena lalui  untuk nak balik ke Putrajaya...
Perkara banjir ni actually dah lali dah untuk masyarakat di negeri Pantai Timur ni. Sebab setiap tahun memang akan terjadi banjir sebab musim tengkujuh. Sebab tu lah no wonder orang-orang Kuantan ni tak teruja seperti Abe bila kena banjir. HAHAA Dorang pun dah agak benda ni akan berlaku, so dorang mungkin dah buat persiapan awal menghadapi banjir. Gittew kan. Apa-apa pun, bagi kawasan-kawasan yang dilanda banjir, berhati-hatilah sebab malang tidak berbau. Ada orang kampung kat sini yang kena patuk ular dalam banjir ni, ada yang jatuh masuk longkang (jangan ketawa) dan tak kurang ada kenderaan yang rosak masa banjir ni. Apa-apa pun jaga diri ye. Kete 86 Abe ni contohnya, masa redah air tadi, tali kipas dah mula menyanyi... hurmmmmmm, nak duit la tu...

Cuba korang tengok gambar2 yang Abe snap kat atas ni... Hehehehe, ada nampak macam Mangsa Banjir 2012 tak? hehehehhe...
Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

3 comments

  1. cantik r gambar air dalam gambar first tu... pndai guna shutter speed. ke edit photoshop? :)

    ReplyDelete
  2. hepp jangan main banjir. bahaya!!!

    ReplyDelete
  3. Abe guna Instagram je, heheheheehe.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad