Sahabat Que 'Silent Readers'

INFO BANJIR Di Terengganu – Mangsa Kini 330 Orang

12/25/2012 02:31:00 pm



Gambar mangsa banjir di Terengganu : Menyelamatkan motosikal yang ditenggelami banjir di Kampung Alor Rekam, Pulau Serai, Dungun semalam


Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dan sehingga jam 8 pagi tadi sebanyak 330 orang berada di pusat pemindahan berbanding 144 petang semalam. Menurut portal banjir kerajaan negeri, selain Dungun dua lagi daerah dilanda banjir iaitu Marang dan Setiu yang membabitkan 49 keluarga.

Di Marang, 64 orang daripada 16 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Gading, sementara Setiu pula menyaksikan 94 orang membabitkan 33 keluarga dipindahkan ke surau Kampung Sungai Pinang dan masjid Kampung Sungai Bari. Sementara itu, di Dungun, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 172 orang berbanding 144 semalam, membabitkan empat buah kampung.

Mereka terdiri daripada 49 penduduk Kampung Pulau Serai, 43 dari Kampung Batu Tiong, 51 mangsa dari Kampung Seberang Pintasan dan 29 orang penduduk Kampung Tok Kah. Bagaimanapun, pusat pemindahan di Balai Raya Komuniti Tanjung Pagar yang menempatkan 33 mangsa semalam telah ditutup dan semua mangsa dibenar pulang

BERNAMA

You Might Also Like

2 comments

  1. Tingginya paras air, moga mereka di pantai timur yg terlibat tu dlm keadaan baik2

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad