Monday, 31 December 2012

LELAKI GILA SEKS BERAKSI LAGI !!!



LELAKI GILA SEKS BERAKSI LAGI!


Lelaki Gila Seks Buat Gadis Ini Trauma | TELOK DATOK - Seorang remaja perempuan yang bekerja di sebuah kedai telefon di Pekan Banting trauma apabila seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di sebuah perhentian bas di Telok Datok.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi itu ketika remaja berkenaan sedang menunggu bas untuk ke tempat kerja. Mangsa yang ingin dikenali sebagai Nia, 16, berkata, dia terkejut apabila pemandu sebuah kereta Waja memberhentikan kenderaannya lalu menunjukkan kemaluan di hadapannya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Tidak sampai tiga minit katanya, suspek yang berusia dalam lingkungan umur 40-an dengan berpakaian pejabat itu bergegas memandu semula kenderaan menghala ke Banting apabila mendapati sebuah bas awam berhenti di belakang.

“Akibat terkejut saya hanya mengalihkan pandangan ke arah lain dan cuba untuk menyelamatkan diri.

“Mujur suspek tidak melakukan tindakan di luar kawalan dan bertindak beredar selepas itu,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

Mangsa berkata, sebelum ini kejadian sama melibatkan remaja lain pernah berlaku di kawasan taman berkenaan tetapi dengan suspek berusia dalam lingkungan umur 20-an.

"Saya khuatir suspek yang dianggap 'gila seks' ini terus berlegar-legar di kawasan taman untuk menakutkan remaja dan orang awam lain," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS), Mohd Khairul Abdul Samad ketika dihubungi berkata, beliau kerap menerima aduan namun kebanyakkan mereka enggan membuat laporan polis. Katanya, difahamkan terdapat dua suspek pernah cuba memperdayakan remaja di sini dengan meminta menunjukkan alamat menerusi telefon bimbit tetapi sebenarnya menunjukkan gambar aksi lucah.

“Bagaimanapun, SRS sentiasa mengadakan kawalan berjadual di kawasan taman bagi mengelakan masalah sosial berleluasa,” katanya. Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan laporan dibuat oleh mangsa.

0 comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com