Sahabat Que 'Silent Readers'

DETIK CEMAS Pemuda Dihanyutkan ARUS DERAS... Mendebarkan...

12/26/2012 07:30:00 am


DIBAWA ARUS... Seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di Setiu, Terengganu, Selasa. Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu. Kejadian berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada dikawasan itu yang menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa. Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu. Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal. -foto BERNAMA

You Might Also Like

2 comments

  1. aduh kesiannya...yang pasti dia selamat kan?

    ReplyDelete
  2. Motor hanyut..yg penting nyawa selamat ..alhamdullilah..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad