Sahabat Que 'Silent Readers'

Perlu Hindari MUKADIMAH ZINA. Wahai SAHABAT!!!

12/20/2012 11:16:00 am


Salam


ZINA... sorry lah Sahabat2 Abe,... hari ni Abe xsempat nak pikir nak wat entry apa sebab.. huhuhuhu... (sebab yang Abe tak reti nak hurai, huhuhuhu). So, Abe search je la kat Google & Abe terjumpa ni... hope sama2 la kita dapat memotivasikan diri kita ni yerk.. HINDARI MUKADIMAH ZINA, HINDARI ORAL SEKS, KAWAL NAFSU, ingat ALLAH SWT... INGAT tu SAHABAT!!!

Soalan...
"SAYA pernah buat Oral Seks dengan bekas kekasih saya. Pada ketika itu saya ada menyentuh kemaluannya dengan jari. Saya juga kerap menyuruh ex-Kekasih saya membuat ORAL pada kemaluan saya. Sekarang saya sudah berubah dan bertaubat daripada kesilapan lalu, TAPI semenjak dua menjak ni, saya mahukan SEKS semula. Seks yang saya memang TAHU ianya DARI cara yang HARAM. Adakah perbuatan saya dikira berzina? Saya amat takutkan azab yang bakal saya terima daripada Allah."

Jawapan
ZINA adalah persetubuhan haram dan hukuman had (jamak, hudud) dikenakan bagi persetubuhan haram yang secara fizikalnya membabitkan ‘perbuatan memasukkan hasyafah (kepala zakar) lelaki ke dalam faraj perempuan.’
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Menurut as-Shirazi, zina ialah ‘persetubuhan yang dilakukan seorang lelaki Islam yang hidup di dalam negara Islam dengan seorang wanita yang dianggap haram disetubuhi tanpa akad atau seumpamanya dan tanpa hak milik atau seumpamanya sedang dia seorang yang waras, baligh, bebas memilih dan tahu perbuatannya adalah haram.’

Ibnu Qudama menyatakan, zina ialah ‘menyetubuhi pada kemaluan secara haram tanpa syubhah’ (Paizah Haji Ismail, 1996: 174).

Perbuatan lain tidak termasuk dalam zina yang dikenakan hukum had termasuk menyentuh kemaluan kekasih menggunakan jari, bercium, berpeluk, berkhalwat atau tidur bersama atas katil. Perbuatan itu dikira perbuatan maksiat dan dikira percubaan melakukan zina atau mukadimah zina. Walaupun tidak dikenakan had, mereka boleh dikenakan hukum takzir (menurut bahasa, pencegahan).

Memandangkan anda sudah terlanjur berbuat demikian maka anda perlu bertaubat kepada Allah dengan disematkan azam tidak mengulangi perbuatan keji itu. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan boleh membawa kepada jenayah zina.

You Might Also Like

3 comments

  1. Nauzubillah :)

    ReplyDelete
  2. cube sibuk kan diri,bergaul dgn alim ulama,berdoa kepada Allah..cr utk menghindari nafsu jahat ini

    ReplyDelete
  3. nauzubillah.. minta dijauhkan :)

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad