Sahabat Que 'Silent Readers'

Mengapa DOKTOR BEDAH Memakai Pakaian BERWARNA HIJAU? Ini Jawapannya...

12/08/2012 04:41:00 pm

Tahukah Anda ??

Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah. Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah. Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor. Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

Warna hijau juga adalah warna kegemaran Rasulullah ;)

Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih.

You Might Also Like

4 comments

  1. ooo... selama ni tak penah terfikir pun kenapa doktor pakai baju bedah kaler hijau... huhu

    ReplyDelete
  2. warna hijau ni after image bagi warna merah.. bila ko tengok kaler merah lelama, nanti nampak kaler ijau... doktor kan duk tengok darah yang merah...
    nak tau kaler apa yang jadi after image sesatu kaler, masuk kat ms paint, kaler je nga apa-apa kaler, pas tu, invert color... tu lah after image bagi kaler tu...

    ReplyDelete
  3. kalau putih nnt mcm boleh keliru. hijau mcm tenang. kalau swasta biru nurse nya tp doktornya msh hijau rasanya.

    ReplyDelete
  4. hanya doktor je tau ape sebab dowang pakai baju bedah kaler hijau hehe..

    meh baca akumad.com untuk dijual

    http://www.aqumad.com/2012/12/akumadcom-untuk-dijual.html

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad