Sahabat Que 'Silent Readers'

INFO BANJIR TERKINI Di Semenanjng MALAYSIA

12/25/2012 07:15:00 pm

INFO BANJIR TERENGGANU DAN PAHANG
Hujan sedemikian di Terengganu dijangka berlaku di daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman sementara di Pahang di daerah Kuantan dan Pekan

INFO BANJIR KELANTAN
Kelantan pula di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

INFO BANJIR PERLIS DAN KEDAH
Hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana pula turut diramal berlaku sehingga esok di Perlis iaitu di Padang Besar, Kangar dan Arau sementara di Kedah di Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Langkawi.

KENYATAAN JABATAN METEOROLOGI
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 10.30 pagi tadi turut memaklumkan bahawa amaran hujan lebat (peringkat merah) di Terengganu dan Pahang yang dikeluarkan pada 5.35 petang semalam diturun taraf kepada amaran hujan lebat (peringkat jingga). 

Ia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang akan berterusan sehingga Selasa depan. 

Angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai 3.5 meter di perairan Pulau Langkawi, Perlis, utara Kedah, Pahang, Johor timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan juga diramal berterusan hingga Selasa depan. Menurutnya, kawasan pantai di pantai timur Semenanjung kini terdedah kejadian kenaikan paras air laut. Sumber : BHarian Online

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad