Tuesday, 4 December 2012

KISAH BENAR Suami & Isteri (Part 2)


Kaunselor: Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal: Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor: Halimah pula?

Encik Zainal: Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor: Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Encik Zainal: Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor: Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal: Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor: Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal: Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor: Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal: Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor: Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal: Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor: Apa Halimah buat?

Encik Zainal: Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, korang rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Abe dah ada jawapannya... Korang pulak bagaimana? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting! Hargailah pengorbanan seorang isteri... Kerana pengorbanannya tidak terkira..
Published with Blogger-droid v2.0.9

6 comments:

[n a j e e b] at: 12/04/2012 10:12 am said...

...kan.. :')

umithreesha at: 12/04/2012 10:14 am said...

ye mmg btol tu..hargailah isteri anda..hihi

Nurul Ain at: 12/04/2012 11:43 am said...

berapa kali nak ulang perkataan bini tak bekerja.mintak suami dia try ganti tempat bini sehari je cukup.sanggup tak?

Anonymous at: 12/04/2012 12:34 pm said...

insaf....aku sudah insaf...malam ni aku nak kerjakan isteri aku....kerja lagi....

Leeza dayasari [santai leeza] at: 12/04/2012 3:45 pm said...

setuju..... penuh jadual waktu.

Siti Nadira at: 12/07/2012 9:40 pm said...

pohon share ye sahabat...:)

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com