Saturday, 29 December 2012

SI BINATANG memperlakukan begini kepada HAIWAN. Zalim Yang TERLAMPAU!!!


                                                                        SEDIH!!! 'Si Binatang' memperlakukan begini kepada 'Haiwan'
Kucing hidup dijadikan hiasan dalam botol??

Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca. Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.

Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati. Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu? Memang zalim, huhhuhuhuhu. Mau Abe sepak je kalu Abe jumpa dengan pelaku zalim ni, grrrrrrrr
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Friday, 28 December 2012

Gambar MAJLIS PERNIKAHAN Khairul Fahmi Che Mat Dengan Leuniey Natasha



Pada waktu ini telah berlangsungnya majlis pernikahan Khairul Fahmi Che Mat bersama pasangan pilihannya iaitu Leuniey Natasha dan kami tahu pasti ramai yang sedang menantikan update untuk majlis mereka ini.
Kediaman sebelah pihak pengantin perempuan iaitu di Pasir Pekan, Tumpat Kelantan menjadi tempat dimana majlis pernikahan ini telah diadakan.
Mari kita lihat gambar-gambar yang seterusnya. Enjoy!
lagi gambar, Klik TAJUK ENTRI ni

DUA LENYAP Ditelan TANAH RUNTUH... LAMBAIAN MAUT 2 Pekerja Perumahan Sebelum Ajal



SUNGAI PETANI: “Saya sempat melihat Mogan melambai tangan sambil menjerit meminta tolong sebelum dia dan Saravanan lenyap ditimbus tanah runtuh dalam lubang itu.

“Saya sedih kerana tak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan mereka disebabkan kejadian berlaku begitu pantas.”
baca lagi & lagi GAMBAR, Klik TAJUK ENTRI ni

MANGSA BANJIR @ KORBAN BANJIR 2012


 Mangsa Banjir 2012 yang terpaksa mohon Cuti Peristiwa sebab tak dapat kelik opis... Agak2 dapat tak ek?

Dulu masa kat Beserah dapat rasa gempa bumi. Sekarang kat Sungai Lembing, merasa pulak banjir. Macam tau-tau je Abe ni jenis spesies yang tak pernah merasa semua ni. HAHA. So bila orang duk sibuk cerita pengalaman dorang, boleh la Abe join the club. Kekonon lah, hahhahaha

Serious tak tipu, sepanjang hidup tak pernah merasa banjir tahap sampai tak dapat pegi kerja ni, hahahhaha. Bukan nak riak. Bukan! *marah* tapi tak pernah rasa sebab rumah Abe memang bukan kawasan-kawasan yang mudah banjir. Memanglah Pantai Timur ni selalu banjir, tapi ikut daerah dan daerah Abe jarang kena. Selalu kena Sungai Isap, Permatang Badak je. Itu banjir tahap Gaban la tu... nampak atap jeeee...
baca lagi & lagi gambar mangsa banjir, Klik TAJUK ENTRI ni
Wednesday, 26 December 2012

Mangsa BANJIR PERTAMA Di TERENGGANU. Samhanim Lemas Ketika MEMUKAT


Banjir yang melanda memberi kesempatan untuk sesetengah orang mencari rezeki lebih. Antaranya menahan pukat dan menjala. Mungkin kerana ketika ini banyak ikan keluar ‘lubuk’. Namun ianya tetap perlu dilakukan berhati-hati. Jika tidak, padah jawabnya. Abe sempat baca pasal ni baru jap tadi drp ADC. Tq ADC
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

DETIK CEMAS Pemuda Dihanyutkan ARUS DERAS... Mendebarkan...



DIBAWA ARUS... Seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di Setiu, Terengganu, Selasa. Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu. Kejadian berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada dikawasan itu yang menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa. Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu. Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal. -foto BERNAMA

MANGSA BANJIR Di Pantai Timur Kini Hampir 11,000 Orang


KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk petang ini dengan maklumat terkini menunjukkan lebih 10,800 mangsa dipindahkan berbanding lebih 6,000 mangsa pada sebelah pagi.
Seramai 5,297 mangsa dipindahkan di Terengganu berbanding 2,594 pagi tadi, dan jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 3,218 berbanding 1,963 pada sebelah pagi, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Tuesday, 25 December 2012

INFO BANJIR TERKINI Di Semenanjng MALAYSIA


INFO BANJIR TERENGGANU DAN PAHANG
Hujan sedemikian di Terengganu dijangka berlaku di daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman sementara di Pahang di daerah Kuantan dan Pekan

INFO BANJIR KELANTAN
Kelantan pula di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

INFO BANJIR PERLIS DAN KEDAH
Hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana pula turut diramal berlaku sehingga esok di Perlis iaitu di Padang Besar, Kangar dan Arau sementara di Kedah di Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Langkawi.

KENYATAAN JABATAN METEOROLOGI
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 10.30 pagi tadi turut memaklumkan bahawa amaran hujan lebat (peringkat merah) di Terengganu dan Pahang yang dikeluarkan pada 5.35 petang semalam diturun taraf kepada amaran hujan lebat (peringkat jingga). 

Ia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang akan berterusan sehingga Selasa depan. 

Angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai 3.5 meter di perairan Pulau Langkawi, Perlis, utara Kedah, Pahang, Johor timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan juga diramal berterusan hingga Selasa depan. Menurutnya, kawasan pantai di pantai timur Semenanjung kini terdedah kejadian kenaikan paras air laut. Sumber : BHarian Online

INFO BANJIR Di Terengganu – Mangsa Kini 330 Orang




Gambar mangsa banjir di Terengganu : Menyelamatkan motosikal yang ditenggelami banjir di Kampung Alor Rekam, Pulau Serai, Dungun semalam


Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dan sehingga jam 8 pagi tadi sebanyak 330 orang berada di pusat pemindahan berbanding 144 petang semalam. Menurut portal banjir kerajaan negeri, selain Dungun dua lagi daerah dilanda banjir iaitu Marang dan Setiu yang membabitkan 49 keluarga.

Di Marang, 64 orang daripada 16 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Gading, sementara Setiu pula menyaksikan 94 orang membabitkan 33 keluarga dipindahkan ke surau Kampung Sungai Pinang dan masjid Kampung Sungai Bari. Sementara itu, di Dungun, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 172 orang berbanding 144 semalam, membabitkan empat buah kampung.

Mereka terdiri daripada 49 penduduk Kampung Pulau Serai, 43 dari Kampung Batu Tiong, 51 mangsa dari Kampung Seberang Pintasan dan 29 orang penduduk Kampung Tok Kah. Bagaimanapun, pusat pemindahan di Balai Raya Komuniti Tanjung Pagar yang menempatkan 33 mangsa semalam telah ditutup dan semua mangsa dibenar pulang

BERNAMA
Monday, 24 December 2012

TERKINI Banjir Di BANDAR KUANTAN, PAHANG.



Negeri pantai timur sudah di naiki air di Kuantan  24.12.2012.  Maklumat daripada  Facebook. Info daripada IPK Pahang: Elakkan melalui Jalan Wong Ah Jang, Jalan Bukit Ubi (1) ...Di trafik jalan menghala Aspa Cottage berhampiran pusat perlupusan sampah, Jalan Lim Hok Lek di hadapan Eng Hong, parking pasar kuantan jalan tersebut sudah dinaiki air dan sesak. penguna jalan raya diminta elak daripada mengunakan jalan tersebut.

Di hadapan jalan berhampiran Poliklinik Beserah menghala ke baserah terdapat pokok tumbang dan kepada semua pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan dibawah pokok, jika dapat mengalihkan kenderaan anda ke tempat yang selamat. Pihak polis trafic berada di laluan-laluan ini untuk menguruskan laluan yang selamat. Penguna di minta bersabar. TQ Info IPK Pahang.

Gambar akan di kemas kini dimasa ke semasa!
lagi gambar, Klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 23 December 2012

ZIZAN MAHARAJA LAWAK Turut Sama Bantah AES Depan Sri Pentas TV3?



RAMAI penunggang motor berkuasa tinggi berhimpun di depan Bangunan Sri Pentas Media Prima Berhad untuk menghantar memorandum menggesa TV3 dan Mazidul Akmal Sidek memohon maaf rujuk sini [Mkini].

Para penunggang motorsikal berkuasa besar ini turut bergambar dan menunjukkan kertas bertulis boikot TV3, kami bukan pelesit dan Tolak AES. Tanpa disangka-sangka, Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Maharajalawak muncul dari celah-celah mereka.
baca lagi & lagi gambar, Klik TAJUK ENTRI ni

Jagalah AURAT, PERGAULAN & PERTUTURANMU... MESTI BACA Wahai SAHABAT...


gambar: iluvislam

Wahai sahabat2 jagalah aurat dan pergaulanmu, wanita solehah ibarat seekor rama2 yang cantik, andai diri dia pernah disentuh lelaki ajnabi, dia diibaratkan seperti seekor rama2 yang telah tercalar sayapnya dan tiada nilai lagi.

Kali ni Abe nak kongsi tentang sebuah percintaan yang sejati iaitu percintaan Adam dan Hawa. Dua nama yang tidak asing lagi dengan percintaan sejati kedua-duanya. Cinta yang telah berputik disyurga Allah S.W.T dan seterusnya digoda oleh syaitan. Dihantar ke dunia, dan disebabkan cinta sejati kedua-duanya bertemu semula di dunia. Cinta yang agung dan terulung ini seharusnya menjadi inspirasi kepada umat manusia zaman sekarang. Sesungguhnya sedarlah wahai kaum Adam, kamu dijadikan oleh Allah S.W.T untuk menjaga kaum Hawa dan janganlah kamu mensia-siakan kewajipan yang diberikan kepada kamu. Janganlah dengan paras kacak dan ayat-ayat manismu menjadi senjata untuk merosakkan kaum Hawa sesungguhnya kaum Hawa memerlukan perlindungan darimu wahai kaum Adam. Kaum Hawa adalah kaum yang lemah dan memerlukan bimbingan darimu untuk hidup di dunia ini. Jadilah kaum Adam yang agung dengan membimbing kaum Hawa ke jalan Ilahi.
baca lagi Klu TAJUK ENTRI ni

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com