Saturday, 22 December 2012

SAHABAT, Cukuplah Sekali Khilafmu... JANGAN ULANGI LAGI


Benarlah Ungkapan "Ikatan AQIDAH itu lebih KUKUH jika dibandingkan dengan ikatan DARAH". Abe merasainya, betapa indahnya dan manisnya Ikatan UKHWAH itu. Sungguh, alangkah manisnya hidup dalam suasana penuh keikhlasan bersama Sahabat yang sudi memahami tuntutan dakwah dan sudi berkorban DEMI SAHABAT YANG LAIN...

Pada Abe, tidak senang untuk korang cari Sahabat yang boleh kongsikan banyak perkara, Sahabat yang mampu ketawa dan menangis bersama kamu, Sahabat yang setia bersamamu di JALAN JUANG. Namun, bila kamu temuinya, peganglah dia seeratnya walau banyak manapun kelemahan dirinya kerana barangkali kamu tidak akan temui lagi Sahabat sebaiknya, yang berani menegur KHILAF kamu, menegur KESILAPAN kamu, menegur KENAKALAN kamu, menegur KETERLANJURAN kamu, menegur dengan niat supaya kamu tidak berada di bawah telunjuk SYAITAN LAKNATULLAH...
baca lagi, Klik TAJUK ENTRI ni
Friday, 21 December 2012

UBAT ZINA. Hebatkah IMAN Mereka!!! Kalau HEBAT, MUKADIMAH ZINA Tak Berlaku...



APA NAK JADI... TERANG-TERANG BERDOSA... SYAITAN KELILING PINGGANG... HEBATKAH IMAN MEREKA... KALAU HEBAT MUKADIMAH ZINA TAK BERLAKU... BILA BERAHI TAK TERTAHAN BERLAKU ZINA... MENGANDUNG BUANG ANAK... HUKUM ALLAH TAK JALAN.... AGAK2 SAPA SALAH... AKHIRAT MASING2 JAWAB... GAGAL JAWAB MASUK NERAKA....


TAK SENONOH...aksi dua pasangan di Taman Tasik Shah Alam.

SHAH ALAM: Keindahan taman tasik berhadapan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, dicemari gelagat beberapa pasangan kekasih yang tanpa segan silu melakukan aksi manja di tempat awam. Pasangan yang asyik bercinta itu berpelukan dan berciuman di kerusi rehat yang disediakan untuk orang awam.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni (ikuti jawapan UBAT ZINA dari Ustaz Azhar Idrus)
Thursday, 20 December 2012

Perlu Hindari MUKADIMAH ZINA. Wahai SAHABAT!!!



Salam


ZINA... sorry lah Sahabat2 Abe,... hari ni Abe xsempat nak pikir nak wat entry apa sebab.. huhuhuhu... (sebab yang Abe tak reti nak hurai, huhuhuhu). So, Abe search je la kat Google & Abe terjumpa ni... hope sama2 la kita dapat memotivasikan diri kita ni yerk.. HINDARI MUKADIMAH ZINA, HINDARI ORAL SEKS, KAWAL NAFSU, ingat ALLAH SWT... INGAT tu SAHABAT!!!

Soalan...
"SAYA pernah buat Oral Seks dengan bekas kekasih saya. Pada ketika itu saya ada menyentuh kemaluannya dengan jari. Saya juga kerap menyuruh ex-Kekasih saya membuat ORAL pada kemaluan saya. Sekarang saya sudah berubah dan bertaubat daripada kesilapan lalu, TAPI semenjak dua menjak ni, saya mahukan SEKS semula. Seks yang saya memang TAHU ianya DARI cara yang HARAM. Adakah perbuatan saya dikira berzina? Saya amat takutkan azab yang bakal saya terima daripada Allah."

Jawapan
ZINA adalah persetubuhan haram dan hukuman had (jamak, hudud) dikenakan bagi persetubuhan haram yang secara fizikalnya membabitkan ‘perbuatan memasukkan hasyafah (kepala zakar) lelaki ke dalam faraj perempuan.’
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Tuesday, 18 December 2012

INGAT SAHABAT, Jangan Sentuh, HARAM…. INGAT!!! Ni HUKUM ALLAH SWT


Salam

Dah lama Abe tak tanya khabar sahabat2 Abe sekalian…dah lama jugak Abe tak buat entri maklumat yang Abe tulis sendiri macam ni… Mungkin Abe agak sibuk kot kebelakangan ni…diharap agar sahabat2 sekalian sihat la ya.. Jeng3x, tajuk kali nie adalah….. haaa…yang terpapar kat atas tu la kan..

Sekarang ni, kat mana-mana saja kita tengok (kalu korang perasan lah), banyak orang kita yang dah tak pentingkan tentang hukum haramnya bersentuhan dengan bukan muhrim… boleh saja yang bukan muhrim ni bertepuk tampar dengan lawan jenisnya… baik lelaki mahupun perempuan… sama ja… dah tak dihiraukan hukum ALLAH yang mengharamkan kita bersentuh kulit dengan bukan mahram…
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

DOA WAJIB Di Doakan PadaMu Ya اَللّهُ



✔ Muliakanlah yang membaca pesan ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya, dan 
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
✔ Mudahkan segala urusannya 
✔ Kabulkan cita-citanya 
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka 
    Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar 
✔ Jauhkan dari segala Musibah 
✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan 
✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU.

آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن


Doakan semua, dan mudah²an doa kita dikabulkan.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

agar kita sentiasa saling mendoakan.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Monday, 17 December 2012

SAHABAT = Satu NOSTALGIA Yang BERHARGA


Dulu masa mula-mula kenal perghhh... Sanggup bersama naik motor dari KL ke sini merentas highway, apa-apa saja sering jer senang berbicara, pernah juga parking printer die kat bilik aku masa dulu-dulu, dulu-dulu tu dulu mana sangat? Tak lah bertahun sangat dalam lingkungan 2-3 tahun nie la. Apa yang berlaku sekarang? Selisih bahupun tak bertegur sapa sudah apa lagi? Duduk sebelah pum belum tentu lagi bercakap...memang pelik orang begini.

Susah cari kawan senang jarang-jarang ditinggalkan, apa yang berlaku aku pum tetap bingung. Apa yang dia nak sebenarnya, aku tak pernah pulak belasah dia, tak pernah pum tengking dia cuma aku berlalu dengan rendah diri sendiri tak menyatakan sepatah pun perkataan "kau penyebab aku berundur". Apa lagi? Tiada dendam tertanam dalam jiwa tiada hasad seperti lelaki lembut itu dan tiada apa-apa yang dibengkakkan dalam hati. Jadi dimana persahabatan itu bermula?
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 16 December 2012

Kurnia SYAHID Itu HAK ALLAH SWT, Bukan Kuasa Kita...


Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

(riwayat Muslim).

Published with Blogger-droid v2.0.9

Golongan AHLI NERAKA Tanpa SEDAR... Nauzubillah...


‎''Kebanyakkan ahli Neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.'' maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka :

''Mengapa terjadi sedemikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?''

Baginda RASULULLAH SAW menjawab: ''Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati SUAMI dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya''

(HR Muslim)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com