Sahabat Que 'Silent Readers'

Minta Perhatian Semua !!! | BERHATI-HATI DENGAN PANGGILAN DARI BANK

10/22/2013 09:52:00 am


Minta Perhatian Semua !!! | BERHATI-HATI DENGAN PANGGILAN DARI BANK | Kisah ini berlaku pada salah seorang yang Abe tidak kenali. Just nak share ngan korang, daripada maklumat yang Abe dapat, dia bru buat repot polis. Ni apa yang diceritakannya:


Lebih kurang pukul 4ptg, ada sorang lelaki yg mengaku pegawai Ambank call aku, no phone yg appear adalah 1800808888. Dia kata nak sahkan penggunaan kad kredit aku RM3000 kat Poh Kong, KLCC.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Aku ckp aku xde kredit kad, akaun atau apa2 urusniaga dgn Ambank. So dia kata mungkin ade org guna nama aku untuk apply kredit kad. Aku suruh dia beritahu aku apa maklumat aku dlm sistem Ambank, tp dia kata dia hanya bahagian pengesahan, x boleh check maklumat.

Aku dah curiga. Dia suruh aku complain kat Bank Negara 0327885082. Aku buka website Ambank, mmg talian hotline diaorg 1800808888. Aku call no Bank Negara yg dia bagi tu dan lelaki India, Vijaya yang angkat. Lepas aku cerita, dia kata pegawai penyiasat Bank Negara akan call aku untuk dpt maklumat lanjut. Tak sampai 15 minit, lelaki cina pulak, Lim call aku dr no 0327885093. Dia kata Bank Negara akan bantu aku untuk membekukan sementara semua kredit kad aku bagi memudahkan siasatan.

Dia suruh aku transfer duit dari mana-mana akaun simpanan yg lain ke dalam satu sahaja sebab dia akan bekukan juga akaun-akaun yg lain tu. Dia tanya aku berapa banyak duit aku dlm akaun2 tu, tapi aku cakap dia kan Bank Negara, tak kan tak boleh check. Suara dia dah lain. Dia suruh aku pergi bank dan call dia bila sampai kat bank sebab dia akan ajar aku cara nak kemaskini akaun. Aku cakap ok. Aku call Ambank guna 1800808888 dan Ambank sahkan tiada apa2 rekod aku dgn Ambank dan mengatakan yg Ambank sendiri telah menerima banyak aduan.

Dlm 10 minit dia call lagi, tanya aku dah pergi bank atau belum. Aku cakap on the way. Tapi, sebenarnya aku kat Balai Polis. Masa tgh buat repot, dia call lagi tp dah mula marah2 sebab kononnya kena kerja overtime nak handle kes aku (baiknya 'pegawai Bank Negara' tu). Aku terus cakap dengan dia yg aku tengah buat polis repot, serta merta dia letak telefon. Pegawai Penyiasat IPD Gombak beritahu aku, hari ini sahaja mereka telah menerima 5 laporan yg sama.

Mohon share dengan orang lain supaya lebih berhati-hati dan buat pengesahan dengan bank berkenaan sebelum buat apa-apa. Mereka skrg ada teknologi supaya nombor telefon yg tertera di handphone kita adalah sama dengan nombor bank. Mereka hanya perlu nama dan no telefon kita sahaja."

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

3 comments

  1. Penipu betul...tak selamat dunia akhirat...salam.

    ReplyDelete
  2. Mungkinkah orang bank sendiri ada terlibat dalam penipuan ini?

    ReplyDelete
  3. pernah kena cuma bila dia minta num ic..saya dah cuak dan terus letak..then tak de call dah lepas tu..yang bestnya saya x de akaun ambank...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad