Sahabat Que 'Silent Readers'

Isi Kandungan Bajet 2014 [Ringkasan] | Pembentangan Bajet 2014 Malaysia

10/26/2013 09:38:00 am

Isi Kandungan Bajet 2014 [Ringkasan] | Pembentangan Bajet 2014 Malaysia | Tarikh: 25 Oktober 2013. Masa: 4.00 petang – 6.00 petang. Lokasi: Dewan Rakyat. Pembentang: Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia)


Ringkasan Bajet 2014 adalah seperti berikut:
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

  • Fisikal defisit dijangka dikurangkan kepada 3.5% daripada GDP pada tahun 2014 berbanding 4.0% tahun 2013
  • Bagi Skim Persaraan 1Malaysia, Kerajaan akan mencarum 10% berbanding dengan 5% sebelum ini dan jumlah maksimum dinaikkan kepada RM120 daripada RM60 sebelum ini setahun
  • Pemberian sekali sahaja kepada pencarum Skim Persaraan Swasta (PRS) yang berumur 20-30 tahun berjumlah RM500
  • Skim Usahawan Pasar Malan dikendalikan oleh BSN dengan dana sebanyak RM100 juta diberi kepada peniaga pasar malam dengan pinjaman maksimum RM30,000 dengan kadar faedah sebanyak 4% 
  • Bagi pembayar cukai yang membayar cukai melalui potongan cukai berjadual (PCB) tidak perlu mengemukakan borang cukai jika kita mengganggap PCB tu adalah jumlah cukai yang perlu kita bayar  
  • Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dimansuh. Ianya akan dilaksanakan pada 1 April 2015 dan kadar GST adalah 6%.
  • Kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan kepada 24% daripada 25%
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) dinaikkan daripada RM500 kepada RM650. 
  • Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M): RM250 untuk setiap pelajat pusat pengajian tinggi.
  • Bantuan Persekolahan RM100 diteruskan.
  • Fasa ke-2 High-Speed Broadband (HSBB) dengan kerjasama pihak swasta melibatkan pelaburan RM1.8bil. Lebih liputan dikawasan pedalaman. Kelajuan Internet ditingkatkan kepada 10 Mbps.
  • 50 buah Klinik 1Malaysia akan dibuka, 6000 jurulatih baru akan dilatih melibatkan RM3.3 billion
  • Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500
  • Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.
  • Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang, pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.
  • Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.
  • Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.
 Nota: Akan diupdate lagi selepas ini..

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad