Sahabat Que 'Silent Readers'

8 SEBAB Mengapa WANITA BERTUDUNG Itu LEBIH CANTIK | [EKSKLUSIF] Dari Pandangan Kacamata AGAMA ISLAM

10/19/2013 11:07:00 am

8 SEBAB Mengapa WANITA BERTUDUNG Itu LEBIH CANTIK | [EKSKLUSIF] Dari Pandangan Kacamata AGAMA ISLAM | Jangan sesekali cakap "tunggu sekejap" "nanti la, tutup la aurat bila terbuka hati" untuk menutup aurat dengan memberikan alasan-alasan popular sebegini.

Gambar adalah sekadar hiasan semata-mata

Malaikat maut tidak akan menerima "tunggu sekejap" anda itu biarpun sedetik sekiranya sudah tiba saat mencabut nyawa. Berikut merupakan 8 sebab utama mengapa wanita yang bertudung itu lebih baik.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
1. Tuntutan Agama

Putri Rasulullah menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya." Fatimah Az-Zahra kemudia menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya."

2. Mengurangkan dosa

Sehelai rambut yang diperlihatkan kepada lelaki yang bukan muhrim, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut SENGAJA diperlihatkan kepada 10 lelaki bukan muhrim, maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda?! Dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?!

3. Lebih pintar dan tenang

Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakain tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak membuatkan otak dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4. Tidak membazir

Tidak perlu pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut, beli segala rawatan untuk menjadikan rambut kelihatan cantik.

5. Lebih sopan dan manis

Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. Maka anda mempunyai 'nilai tambahan' di situ.

6. Rambut lebih tahan lama dan sihat

Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran ultra-ungu (UV) akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampu itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7. Menjadikan diri anda 'mahal'

Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal yang lain.

8. Lebih dihormati

Wanita bertudung lebih dihormati ramai. Setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.

You Might Also Like

1 comments

  1. Tutup aurat, bukan tutup rambut atau tutup kepala.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad