Kisah Benar PENGURUSAN DUIT MASJID | Sekadar Renungan


Kisah Benar PENGURUSAN DUIT MASJID | Sekadar Renungan | Kisah ni sekadar perkongsian dari Abe, cerita ni Abe Copy&Paste je, bukan Kisah daripada pengalaman Abe sendiri.


Ni kisah berkenaan dengan Masjid banyak duit, tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi RM2.00 dari Kotak Masjid kena penjara. Mungkin yang mencuri duit tabung tu dalam kesempitan sangat. 
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Aku pernah lihat satu gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan. 

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 untuk beli susu anak.

Aku call no yang dicatat. Sembang beberapa minit. Katanya dia baru kena berhenti kerja jaga masa tu. Katanya dia dah pergi jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.

Aku bertanya kepada dia, "Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun? 

"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik? 

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Selang 6 bulan selepas itu, Aku langsung teringat pada pakcik itu dan kebetulan terserempak dengan pakcik tu di RnR, Aku terus bertanya. Encik masih kerja di situ? 

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Pada Aku, Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tapi ahli qariah ada yang dapur tak berasap.

[COPY lagi dan sampaikan agar terbuka minda untuk keagungan ISLAM! ]

Published with Blogger-droid v2.0.10

Artikel Menarik Lainnya



4 comments:

Anonymous said...

macamana nak harap duit masjid kalau yang menguruskannya dari golongan penyokong syaitan yang dikenali. Ada setengah masjid pula, pengurusannya dipegang oleh golongan yang satu lagi. Tetapi dalam golongan tue pun ada beberapa kerat kaki putar alam songlap duit masjid. Aku ingat kalau panggil Ketua Audit Negara check semua akaun masjid. Setahun pun tak habis nak siasat problem dalam pengurusan duit masjid nie...

Anonymous said...

malas nk cakap ape la.Dlu pernah minta bantuan dr pusat Zakat nk minta buat modal meniaga...ye l skg ni bbrg sume mahal n meniage pun sekadar ckup makan. selepas penat kesana sini utk pengesahan n surat sumpah....senang2 je je die cakap....anda bukan asnaf.Haram x daatang chck dlu ape ke.Iye lah , kje dlm ofis je x perna dtg check pon.Tu y ramai minta bantuan gereja.

Anonymous said...

Betul3

badrul said...

sebab tu nak bayar zakat, bayar terus kat asnaf. bayar kat PKZ, beruban la jawabnya nak dapat

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts