Sahabat Que 'Silent Readers'

[GAMBAR] ADIRA AF Kini Lebih Cantik IMEJ BERTUDUNG | [EKSKLUSIF] 3 GAMBAR

10/18/2013 04:01:00 pm

[GAMBAR] ADIRA AF Kini Lebih Cantik IMEJ BERTUDUNG | [EKSKLUSIF] 3 GAMBAR | Adira yang muncul dengan imej bertudung dalam satu program di Wangsa Melawati di sini baru-baru ini menimbulkan tanda tanya peminatnya sama ada itu adalah penampilan terbaharunya atau sekadar sementara. 


Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, yang ditanya menjelaskan, penampilan bertudung itu sebenarnya ketika dia menghadiri kelas agama di bawah program Usrah Fitrah.
baca lagi & lagi GAMBAR, klik TAJUK ENTRI ni
Katanya, dia mengikut kelas agama itu selepas dicadangkan oleh rakan artis, Heliza Helmi.

"Sewaktu kami mengadakan persembahan di Perlis baru-baru ini, Heliza ada bercerita dan saya tidak sabar untuk datang ke kelas ini. 


"Alhamdulillah, kawan-kawan yang sudah mengikuti kelas ini banyak membantu. Lagipun adalah menjadi kewajipan setiap insan untuk mendalami ilmu agama," 

Penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Rindu bersama Hafiz itu berkata, walaupun dia bertudung ketika menghadiri kelas agama, itu tidak bermakna dia akan terus bertudung. Tambah Adira, untuk tempoh ini dia lebih senang tampil dengan imej sedia ada dan apabila tiba masanya, dia juga akan mengenakan tudung seperti yang dituntut oleh agama Islam. 


"Ya, saya pakai tudung ketika menghadiri kelas agama ini, di luar saya seperti biasa. Insya-Allah, bila sampai masanya saya juga akan bertudung tanpa dipinta oleh sesiapa.

"Sekarang ini saya ingin mendekatkan diri dengan ilmu agama sebagai pelengkap hidup. Di waktu yang sama, saya tetap meneruskan kegiatan dalam bidang seni kerana itu adalah sumber pendapatan saya," katanya yang kini aktif berlakon.

You Might Also Like

3 comments

  1. moga dia berhijrah secepat mungkin,, amiiin

    ReplyDelete
  2. moga satu hari nanti terbuka hati adira untuk berhijab...mudah2an In Shaa Allah...

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya cantik tutup aurat ni, ramai ja yg tak tahu

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad