Sahabat Que 'Silent Readers'

[ GAMBAR ] ARTIS BERTUDUNG Diana Amir Sah Bergelar Isteri Habib Bullah | [ EKSKLUSIF ] 8 Keping Gambar

10/27/2013 10:59:00 am

[ GAMBAR ] ARTIS BERTUDUNG Diana Amir Sah Bergelar Isteri Habib Bullah | [ EKSKLUSIF ] 8 Keping Gambar | Sekitar jam 9.30 malam semalam, Diana Amir telah selamat bergelar isteri kepada Mohd Habib Bullah A. Rahman dengan sekali lafaz dalam satu majlis sederhana tetapi meriah yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.


Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid tersebut iaitu Hazaruddin Baharuddin. Pengantin perempuan diwalikan oleh bapa sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.
baca lagi & lagi gambar, klik TAJUK ENTRI ni
Pasangan yang mengenakan busana indah hasil rekaan dan tajaan Ezuwan Ismail ini selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz tepat jam 9.30 malam.


Sebelum berlangsungnya majlis ijab dan qabul, terlebih dahulu berlangsung satu majlis doa selamat, khatam Al-Quran dan berinai di Wisma Metrowealth. 


Pihak perempuan menerima hantaran berupa senaskah al-Quran, sebentuk cincin emas dengan mas kahwin RM 1,000. Pasangan ini belum lagi memutuskan tarikh dan lokasi berbulan madu dek kesibukan masa. Tahniah buat Diana Amir & pasangan!


sumber

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad