Sahabat Que 'Silent Readers'

BAYI MAUT Disimbah ASID Akibat Serangan Cinta Hampa

11/17/2012 02:15:00 pm


KOTA KINABALU: Berang cintanya dihalang, seorang pemuda bertindak gila apabila menceroboh rumah keluarga teman wanitanya, lalu menyimbah sebaldi cuka getah ketika keluarga berkenaan tidur di ruang tamu, menyebabkan seorang bayi berusia enam bulan yang juga adik kekasihnya maut manakala kakak dan ibu bayi itu parah. Dalam kejadian di Kampung Gaur, Kota Belud, jam 5 pagi pada Rabu lalu, bayi berkenaan, Johrsin Hortelano, maut selepas enam jam dirawat di Hospital Kota Belud akibat melecur teruk di muka.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni



PARAH....Virgnia terlantar di HQE selepas melecur separuh badan akibat disimbah cuka getah.
PARAH....Virgnia terlantar di HQE selepas melecur separuh badan akibat disimbah cuka getah.
Ibu bayi itu, Virgnia Alegada, 39, dalam keadaan kritikal dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu dan seorang lagi anaknya, Jezel Hortelano, 12, dirawat di Hospital Kota Belud dengan keadaannya dilaporkan stabil.

Bagaimanapun, kata sumber, teman wanita suspek yang turut tidur di ruang tamu rumah berkenaan ketika kejadian tidak cedera. Menurutnya, ketika kejadian, semua 10 beranak itu termasuk teman wanita suspek, tidur di ruang tamu rumah itu dan suspek menyimbah cuka getah melalui tingkap terbuka.

You Might Also Like

1 comments

  1. apabila manusia bertindak mengikut nafsu semata-mata~ Nau'zubillah >.< sampai korbankan nyawa tu.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad