Sahabat Que 'Silent Readers'

BUKTI KEPINCANGAN KAMERA AES: Had Laju 90 Km, Kena Saman 80 Km...

11/07/2012 08:00:00 am

KUALA LUMPUR: 6 November: Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendedahkan kelemahan terbaru saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan terutama di lokasi kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, kamera AES di lebuh raya tersebut keliru dan celaru apabila menangkap kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) sedangkan had laju di situ adalah 90 kilometer sejam.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
“Salah satu saman yang diterima adalah di kilometer 6.6 SKVE, menunjukkan pemandu terbabit melakukan kesalahan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mematuhi isyarat lalu lintas dan had laju yang ditetapkan 80 km sejam.

“Padahal menurut laman web JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), had laju yang ditetapkan di sana adalah 90 km/j,” katanya pada sidang media di Parlimen. Menurut Zulhazmi, Pengarah Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed dalam laman web JPJ menjelaskan, kamera AES dilengkapi sistem ‘speed limit buffer’ (lonjakan had laju).

“Maknanya, di tempat had laju 90 km/j, pemandu hanya akan disaman jika pandu lebih 100 km/j.

“Tetapi dinyatakan (menurut surat saman yang ditunjukkan) bukan lonjakan, sebaliknya pengurangan had laju,” kata beliau. Ekoran itu, Zulhazmi berkata, Kase akan menyediakan khidmat guaman kepada pemandu yang disaman yang tampil kepada mereka.

“Kita sedia lawan di mahkamah, atau (kalau perlu) saman JPJ kerana menipu,” tegasnya lagi. Dalam perkembangan sama, Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar turut menyeru pemandu yang disaman tidak menerima tawaran kompaun terhadap saman AES.

“Kompaun tidak wajib bayar. Bawa kes ini ke mahkamah juga bukan bermakna kita lawan undang-undang, tetapi sebaliknya ikut proses undang-undang,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

You Might Also Like

11 comments

  1. Kerajaan kita da xda duit sgt ka nk saman sana sini..cukai itu ini..=_="

    ReplyDelete
  2. Kerajaan kita mmg da xda duit sgt ka? Saman sana sini...cukai itu ini.. =_="

    ReplyDelete
  3. laju saman ...slow pun saman....aku pun dah kene saman ni

    ReplyDelete
  4. nak bayar bonus depa tu.... kita lak kena saman

    ReplyDelete
  5. disebabkan AES ni, saya dah mula bawa keta kurang dari 80km/j..haha..=p

    ReplyDelete
  6. kalau dah bawa 80km/j kat lebuh raya alamatnya esok hari tu baru sampai destinasi~haha

    ReplyDelete
  7. Saya ari2 guna laluan tu. Memang dah ada board 80km/j kat tepi tu. Kalau datang dari Puchong/Seri Kembangan pun, dah dipasang board 80km/j kat susur keluar.

    ReplyDelete
  8. Bagi 500 tarik 300 dapat 100 tarik 300...jom tukar kerajaan...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad