MAYAT BAYI LELAKI Atas Katil

KLANG - Polis menangkap seorang jurujual selepas dipercayai cuba menyembunyi kelahiran bayi lelakinya yang sudah tidak bernyawa di sebuah rumah di Lorong Haji Salleh, Jalan Meru di sini semalam. Ibu muda berusia 24 tahun itu ditangkap pada pukul 5.45 petang apabila kakaknya yang berusia 27 tahun membuat laporan polis selepas terkejut menemui mayat seorang bayi diletakkan di atas katil di rumah sewa yang didiami bersama adiknya itu. Bayi itu dipercayai dilahirkan oleh suspek yang bekerja di sebuah kedai di Pekan Meru pada pukul 4 petang kelmarin. Semasa dilahirkan, bayi itu dipercayai sudah tidak bernyawa.

Suspek dipercayai membiarkan mayat anaknya di atas katil di dalam biliknya selepas dipercayai bimbang perkara itu diketahui keluarganya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, pasukan polis yang menerima laporan kakak suspek terus ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat di atas katil.

"Polis turut menemui tali pusat bayi dalam satu beg plastik yang dipercayai dipotong oleh si ibu selepas melahirkan anaknya itu," kata beliau ketika dihubungi di sini. Menurut beliau, soal siasat ke atas suspek mendapati bapa kepada bayi malang itu merupakan lelaki Bangladesh namun kekasihnya itu sudah pulang ke negara asal sejak Mac lalu.

Mohd. Shukor memberitahu, suspek bersama mayat bayinya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk pemeriksaan dan bedah siasat.

1 comments:

{ Leeza dayasari [santai leeza] } at: 11/17/2012 5:27 pm said...

macam3 isu skrg ni. aduhai...

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine