Sahabat Que 'Silent Readers'

KHAYAL DIULIT KASANOVA... Gadis TERPERANGKAP Dengan JANJI PALSU KASANOVA FACEBOOK...

11/21/2012 06:00:00 pm


IPOH: Gambar longgokan wang dan kereta mewah yang dipaparkan dalam laman sosial facebook (fb) sudah cukup menjadi ‘modal’ bagi seorang lelaki bagi mencairkan hati wanita kononnya untuk menjalin hubungan cinta sebelum menipu mangsa lebih RM60,000. Mangsa kasanova fb itu yang hanya mahu dikenali sebagai I Kuar, 24, berkata, lelaki berusia lewat 20-an terbabit dikenalinya awal tahun ini dan hanya berhubungan melalui Internet serta telefon tanpa berjumpa.
baca lagi & lagi gambar, Klik TAJUK ENTRI ni


LAPOR...Kuar menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
“Dia mendakwa menjalankan perniagaan dan banyak mendapat tawaran tender kerajaan. Perbualannya dalam fb menambat hati saya dan kami bertukar nombor telefon.



“Sejak itu kami saling menghantar SMS bagi bertanya khabar sehingga pada tengah malam 14 Mac lalu dia menghubungi saya dalam keadaan tergesa-gesa dan mendakwa ditimpa musibah,” katanya yang ditemui di Biro Aduan Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.



Menurutnya, suspek mendakwa seorang pekerjanya melarikan wang syarikat RM8,000 yang sepatutnya digunakan untuk menjalankan projek perniagaan.


You Might Also Like

2 comments

  1. huuuuu.... macam2 lah skrg ni....

    ReplyDelete
  2. mudah percaya adalah kelemahan seorg wanita...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad