MAYAT PELAJAR BerULAT Ditemui Dalam Kereta


PEKAN - Penduduk di sekitar Kampung Semangat di sini gempar apabila menemui mayat seorang lelaki yang telah berulat di dalam sebuah kereta di Kampung Semangat di sini hari ini. 

Mayat pelajar lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditemui kira-kira pukul 9 pagi ini dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di tempat duduk pemandu oleh orang awam. Pada mayat itu, terselit sekeping nota tertulis dalam bahasa Inggeris 'for anyone who found me please call… this car is rented from…'.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Pelajar itu turut meninggalkan nombor telefon rumah keluarganya di Johor serta pemilik kereta sewa tersebut. Polis menemui barang peribadi, antaranya komputer riba dan telefon bimbit milik mangsa. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, pelajar Universiti Malaya itu dipercayai meninggal dunia sejak empat hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang telah reput dan berbau busuk. Katanya, mangsa dipercayai membakar bahan kimia dipercayai ubat gegat dalam bekas aluminium yang diletakkan di dalam kereta sehingga menyebabkan mangsa sesak nafas sebelum mati.

"Siasatan awal forensik mendapati mangsa mati akibat menghidu asap karbon monoksida yang dihasilkan daripada pembakaran ubat gegat itu. "Bahan itu dipercayai dibakar bagi menghasilkan asap dan dihidu mangsa sehingga sesak nafas lalu mati," katanya. Katanya, kes ini masih lagi disiasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan.

6 comments:

{ ashiekien } at: 11/18/2012 5:16 pm said...

tindakan yang tak cerdik...

Anonymous at: 11/18/2012 6:43 pm said...

mengapa perlu bertindak bodoh...

{ akim yusoff } at: 11/18/2012 8:17 pm said...

tindakan yang tidak sepatutnyaa

{ Leeza dayasari [santai leeza] } at: 11/18/2012 8:32 pm said...

macam2 lah... haizzzzz

Anonymous at: 11/18/2012 9:03 pm said...

Mungkin ini kes bunuh....si pembunuh buat mcm kes bunuh diri.

Anonymous at: 3/22/2013 6:15 pm said...

ingatlah pada Tuhanmu....

tidak ada masalah yg tidak boleh selesai...

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine