Sahabat Que 'Silent Readers'

MAYAT BUDAK Putus DUA. Kepala Disyaki DIMAKAN BIAWAK

11/16/2012 04:00:00 pm


SANDAKAN: Kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan hilang pada 10 November lalu ketika menghadiri majlis perkahwinan ibu saudaranya di Kampung Garinono, Batu 25, dekat sini, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila badannya terputus dua dan hampir reput dipercayai angkara binatang buas. Difahamkan, mayat mangsa, Haziq Hassan, ditemui jam 4 petang kelmarin, tiga kilometer dari rumah ibu saudaranya oleh seorang juruukur.
baca lagi & gambar lain, Klik TAJUK ENTRI ni


Hanya bahagian pinggang dan kaki yang ditemui, manakala bahagian atas termasuk badan dan kepalanya gagal ditemui dipercayai dimakan biawak. Saksi yang melakukan kerja mengukur tanah terkejut melihat sepasang kaki manusia sebelum menghubungi polis memaklumkan perkara itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan mayat mangsa ditemui berhampiran kolam di ladang berkenaan.

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad